PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

๐„๐Š๐’๐„๐’๐€๐ˆ๐’ ๐Œ๐€๐’๐‚๐€๐‹ ๐‡๐Ž๐‘๐๐๐ˆ๐‹๐‹ (๐‡๐€๐ƒ๐‘) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„-๐Ÿ– ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐‘๐„๐๐‰๐„๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ (๐๐€๐‘๐€)

๐„๐Š๐’๐„๐’๐€๐ˆ๐’ ๐Œ๐€๐’๐‚๐€๐‹ ๐‡๐Ž๐‘๐๐๐ˆ๐‹๐‹ (๐‡๐€๐ƒ๐‘) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„-๐Ÿ– ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐‘๐„๐๐‰๐„๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ (๐๐€๐‘๐€) | ๐Ÿ๐Ÿ–โ€“๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“KEM TERENDAK, MELAKA
ย 
Angkatan Tentera Malaysia bersama pelbagai agensi responder telah melaksanakan Eksesais Mascal Hornbill (HADR) Siri 1/2026 yang menghimpunkan koordinasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pejabat Daerah Melaka Tengah.
ย 
Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Lt Kol Yusrin Azuan Ab Aziz, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), bersama kehadiran Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA.
ย 
Eksesais ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan pasukan dalam melaksanakan operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) melalui pendekatan menyeluruh melibatkan teori operasi, Table Top Exercise (TTX) serta simulasi bencana banjir.
ย 
Pelaksanaan eksesais ini memberi penekanan kepada pengukuhan kesiapsiagaan agensi responder dalam menghadapi bencana; keupayaan merancang dan melaksanakan operasi secara bersepadu, serta kefahaman peranan dan tanggungjawab selaras dengan Arahan NADMA No. 1.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search