15th Disaster Risk Management Capacity Building Program for Ams (D-CAB) - Leadership Programme
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
15th Disaster Risk Management Capacity Building Program For Ams (D-CAB) - Leadership Programme | 25 hingga 30 November 2024 | Korea Selatan
Program ini merupakan anjuran dengan kerjasama antara ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) dan Republik Korea, National Civil Defense and Disaster Management Training Institute (NDTI).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pegawai-pegawai kerajaan dari negara-negara anggota ASEAN yang terlibat dalam bidang pengurusan risiko bencana dan meningkatkan tadbir urus, perkongsian pengetahuan serta menggalakkan penggunaan teknologi terkini berhubung pengurusan risiko bencana. Pendedahan penggunaan simulator realiti maya sebagai medium latihan pengurusan bencana turut disediakan bagi para peserta. Wakil daripada NADMA ialah En. Meor Hijdayat bin Ismail, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim, Pegawai Latihan Pasukan SMART.
Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Bil 2/2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT PENYELARASAN PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) BIL 2/2024 | 29 November 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Mesyuarat Penyelarasan PKOB untuk negeri-negeri yang sedang dilanda banjir telah diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan status terkini keadaan di negeri-negeri berkenaan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi. Untuk makluman, mesyuarat ini telah diadakan secara hibrid. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi-agensi tindak balas seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM). Antara wakil PKOB negeri yang telah turut serta dalam mesyuarat ini adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Pahang.
Tuan Pengerusi memohon agar setiap negeri dan agensi untuk membuat penyelarasan serta sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keselamatan nyawa terpelihara dalam situasi banjir yang berlaku.