πππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππππππ, ππππππ ππππππππ πππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LAWATAN BERPANDU KEPADA DELEGASI ANTARABANGSA, AGENSI KERAJAAN DAN MEDIA | 23 APRIL 2026
Β
Β
Hari pertama Resilient Asia 2026 dibuka kepada orang ramai dimulakan dengan aktiviti lawatan berpandu khas melibatkan delegasi antarabangsa seperti Qatar, Persekutuan Russia dan Timor-Leste, agensi kerajaan dan media yang diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
Β
Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi melihat dengan lebih dekat inovasi, teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan risiko bencana yang dipamerkan di platform serantau berprestij ini termasuk demonstrasi daripada Pasukan SMART mempamerkan ketangkasan mengendalikan operasi penyelamatan semasa bencana.
Β
Orang ramai dijemput hadir ke Resilient Asia 2026 untuk menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan bencana, meningkatkan kesedaran risiko serta memupuk kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Β
Berbaki 2 hari lagi..Jadi jangan lepaskan peluang anda!
