PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Lawatan Penanda Aras Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Majlis Pembangunan & Keselamatan Kampung (MPKK) Negeri Perlis ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) | 18 Julai 2025 | Bilik Operasi, NDCC
 
Telah berlangsung lawatan penanda aras ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai pengoperasian NDCC sebagai rujukan dalam penubuhan State Disaster Command Centre (SDCC) di Negeri Perlis.
 
Lawatan ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPD, Pejabat SUK Negeri Perlis serta wakil MPKK. Delegasi ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Yasser bin Mohd Hadzir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pentadbiran Daerah SUK Perlis.
 
Sesi taklimat operasi telah dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan bersama pegawai-pegawai NDCC. Turut hadir ialah Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknikal dan Infrastruktur NADMA.
Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan Final Acceptance Test (FAT) bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Sarawak | 17 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Wisma Bapa, Kuching, Sarawak
 
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan FAT bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) NADMA yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Wakil NADMA yang hadir ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); YBrs. Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Ezrin Rozani bin Rosli, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Logistik.
 
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras persiapan akhir bagi FAT yang akan diadakan pada 29 Julai hingga 7 Ogos 2025 dan juga Majlis Penyerahan Rasmi Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) Sarawak yang akan diadakan pada 5 Ogos 2025 dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak. Turut hadir adalah wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, wakil Lembaga Pelabuhan Kuching dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang terlibat dalam pengurusan bencana negeri.
Previous Next

Bengkel Pasca Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 bersama Industri Telekomunikasi, Pos dan Kurier | 16 & 17 Julai 2025 | Menara MCMC, Cyberjaya
 
Telah berlangsung Bengkel Pasca Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 bersama Industri Telekomunikasi, Pos dan Kurier yang diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik semasa MTL 2024/2025. Bengkel ini turut melibatkan sesi pembentangan daripada NADMA, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis, TM dan Digital Nasional Berhad.
 
Pembentangan dari wakil NADMA telah membentangkan tentang keperluan dan kepentingan koordinasi pelbagai sumber dari semua pihak agar tindak balas dan bantuan tersusun dan segera sampai kepada mangsa. Bagi tujuan ini, Platform DGIM Rakan NADMA boleh digunakan oleh pelbagai pihak. Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.
Previous Next

Sesi Semakan Modul E-Learning NADMA | 17 Julai 2025 | Bilik Perbincangan Sejati Solutions Sdn Bhd, Cyberjaya
 
Telah berlangsung satu sesi semakan kandungan e-learning NADMA yang merangkumi 4 modul utama bersama pihak Sejati Solutions Sdn Bhd. Sesi semakan modul-modul ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MyCEDM) serta dihadiri oleh Academic Committee yang dilantik iaitu YBrs. Dr. Mohd Hafizzuddin bin Md Damiri, Encik Muhamad Haiqal bin Shaharuddin dan PB Muhamad Alif Naim bin Rosdi. Turut hadir bagi menggembleng idea ialah Puan Zurriyati binti Ya'kub dan Encik Mohamad Faiz Farhan bin Ahmad Fauzan.
 
Tujuan utama semakan kandungan e-learning NADMA ini diadakan adalah untuk membincangkan penambahbaikan hasil susulan daripada maklum balas pengguna terhadap modul-modul pembelajaran tersebut. Modul-modul ini akan digunakan di dalam program CBDRM sebaik sahaja selesai dilaksanakan oleh warga NADMA dan SMART.
Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2025 | 15 Julai 2025 | Pejabat Daerah Jerantut, Pahang
 
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasaan Penganjuran Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Sulaiman bin Husin, Pegawai Daerah Jerantut dan dihadiri oleh delegasi dari NADMA yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) bersama ketua-ketua unit dan ahli jawatankuasa yang lain. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Tajul Razi bin Abdul Aziz, Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
 
Mesyuarat ini merupakan langkah awal penyelarasan dan perancangan bagi kelancaran pelaksanaan Majlis Pelancaran BKN tahun 2025. Selain itu, sesi lawatan tapak yang dicadangkan bagi pelaksanaan program BKN dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) turut diadakan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search