PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Lawatan Kerja ke Dili, Timor-Leste bagi Menyokong Proses Keanggotaan Penuh Timor-Leste ke ASEAN | 25 & 26 November 2024

Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Zanariah Zainal Abidin, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan diiringi oleh 12 orang pegawai Kerajaan, meliputi ketiga-tiga Tonggak ASEAN dan hal ehwal perundangan yang terdiri daripada YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah (Dasar) NADMA, Jabatan Peguam Negara (AGC), Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kedutaan Besar Malaysia di Timor- Leste.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan dengan pihak Timor-Leste dalam mengenal pasti bantuan yang dapat diberikan oleh Malaysia, khususnya dalam mempercepatkan proses bagi Timor-Leste meratifikasi instrumen undang-undang yang terkandung di bawah “Roadmap for Timor-Leste’s Full Membership in ASEAN”.

Instrumen perundangan yang berkaitan dengan NADMA selaku focal point ASEAN Comittee on Disaster Management (ACDM) Malaysia serta di bawah pemerhatian Tonggak Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) adalah ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) yang ditandatangani di Lao PDR pada 26 Julai 2006 dan Agreement on the Establishment of the ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management yang ditandatangani di Indonesia pada 17 November 2011.

Previous Next

25 November 2024 - Satu Sesi Perbincangan Gerak Kerja Penggunaan Dron Di Bawah PTK2DRON Semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 telah diadakan di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA. Objektif sesi perbincangan ini ialah untuk membincangkan gerak kerja untuk mendapatkan perkhidmatan dron di bawah PTK2DRON semasa bencana banjir MTL 2024/2025. Sesi perbincangan ini telah disertai oleh wakil-wakil seksyen berkaitan serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MRANTI.

 

Previous Next

25 November 2024 - YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Sesi Perjumpaan bersama Warga NADMA yang diadakan di Dewan Wawasan, Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Puchong.
 
Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Lawatan kerja ini merupakan lawatan pertama YBhg. Tan Sri KSN ke NADMA khususnya ke NDCC dan Markas SMART untuk mengenali agensi ini dengan lebih dekat terutama dalam memahami pengurusan dan pengendalian operasi serta koordinasi bencana bagi memastikan pengurusan bencana seluruh negara dilaksanakan secara berkesan dan terselaras.
Previous Next

20 hingga 22 November 2024 - Telah selesai Mesyuarat Penyediaan Spesifikasi bagi Perolehan dibawah Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Tahun 2025/2026 yang diselaraskan oleh Seksyen Logistik NADMA, bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
 
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan segala perancangan berkaitan spesifikasi dan format bagi beberapa tajuk perolehan yang akan dilaksanakan pada tahun 2025/2026. Turut hadir wakil-wakil daripada Pasukan SMART dan pegawai NADMA yang mempunyai kemahiran dan kepakaran berkaitan tajuk perolehan tersebut.
Previous Next

22 November 2024 - YBhg Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah menghadiri Sesi Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di SMK Seri Medan Batu Pahat, Johor.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada Sukaralewan JKM, NGO negeri Johor dan komuniti setempat.

Selain itu, YBhg Ketua Pengarah NADMA juga turut memantau progres projek pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SK Seri Medan Batu Pahat, Johor. Sepanjang 2024, Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA telah memberi fokus terhadap pelaksanaan program CBDRM serta pemerkasaan komuniti dan NGO/Sukarelawan dengan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak seperti KKDW, INFRA, KPM, KBS, UniKL, JKM dan APM.

Sebanyak 117 pelbagai program CBDRM telah dilaksanakan dari 1 Januari sehingga 22 November 2024 yang melibatkan 43,196 penyertaan dari pelbagai peringkat komuniti. Bagi persediaan komuniti-NGO-Sukarelawan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), untuk tempoh Oktober-November sahaja sebanyak 58 program telah dilaksanakan yang melibatkan 31,405 penyertaan agar kesiapsiagaan dapat dipertingkatkan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search