ππππππππππ ππππ ππππππππ πππππππππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENDEDAHAN AWAL MENGENAI KESIAGAAN BENCANA KEPADA GENERASI MUDA | 23 APRIL 2026
Β
Lebih 700 pelajar sekolah dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor telah mengunjungi reruai di Resilient Asia 2026, menzahirkan minat yang tinggi terhadap pembelajaran berkaitan pengurusan bencana.
Β
Pelbagai aktiviti interaktif disertai para pelajar bagi meneroka ilmu kesiapsiagaan bencana, antaranya melengkapkan Passport Challenge, merasai simulasi gegaran bencana di Zon Imersif, melihat dan menyentuh peralatan operasi penyelamatan, mencuba jentera serta aset agensi tindak balas, selain menyaksikan demonstrasi oleh Pasukan SMART.
Β
Pendedahan awal seperti ini penting dalam membentuk generasi muda yang lebih peka, berpengetahuan dan bersedia menghadapi risiko bencana.
Β
Berbaki 2 hari lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Resilient Asia 2026 bagi menimba pengalaman, menambah ilmu dan meningkatkan kesiapsiagaan diri serta keluarga.
