πππππππππ ππ πππ ππππππ ππππππ (πππ) ππππππ πππππ ππππ ππππ/ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT AFTER ACTION REVIEW (AAR) MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026 | 24 APRIL 2026
Β
Β
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat After Action Review (AAR) Monsun Timur Laut 2025/2026 yang dihadiri oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, agensi tindak balas, agensi teknikal serta pengarah-pengarah seksyen NADMA.
Β
Mesyuarat ini membincangkan serta menilai semula keberkesanan gerak kerja sepanjang musim MTL yang bermula dari 13 November 2025 hingga 28 Mac 2026. Perbincangan turut memberi fokus kepada trend anjakan bencana ke Sabah dan Sarawak yang menyumbang kira-kira 32% daripada keseluruhan kejadian bencana, walaupun jumlah mangsa menurun 58% berbanding tahun sebelumnya.
Β
Melangkah ke hadapan, NADMA akan terus memperkasa pendekatan Digital Disaster Management melalui penggunaan AI, dron pemantauan dan pemerkasaan State Disaster Control Centre (SDCC), selaras usaha mempercepat rantaian arahan serta mempertingkat kesiapsiagaan negara hingga ke peringkat akar umbi.
