PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐌𝐑𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐊𝐋𝐄𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈

𝐌𝐑𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐊𝐋𝐄𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈
 
PULAU PINANG, 2 September 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘙𝘢𝘥𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘗𝘳𝘰𝘵𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘔𝘙𝘗𝘊) 2026 anjuran Persatuan Pelindung Sinaran Malaysia (MARPA) yang berlangsung dari 1 hingga 4 September 2026 di Hotel St. Giles Wembley, Pulau Pinang. Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha Segarmurthy, dijemput menyampaikan taklimat bertajuk “𝘚𝘺𝘯𝘦𝘳𝘨𝘪𝘻𝘪𝘯𝘨 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦: 𝘌𝘯𝘩𝘢𝘯𝘤𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘖𝘗𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘔𝘶𝘭𝘵𝘪-𝘈𝘨𝘦𝘯𝘤𝘺 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘧𝘰𝘳 𝘕𝘶𝘤𝘭𝘦𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘢𝘥𝘪𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘌𝘮𝘦𝘳𝘨𝘦𝘯𝘤𝘪𝘦𝘴” yang memberi pendedahan mengenai kepentingan penambahbaikan SOP serta penyelarasan pelbagai agensi dalam menghadapi kecemasan nuklear dan radiologi.
 
Penyertaan NADMA dalam MRPC 2026 mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperluas perkongsian kepakaran, memperkukuh kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan negara dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana yang kompleks.
 
Persidangan ini turut menjadi platform perkongsian perkembangan terkini, amalan terbaik, teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perlindungan, keselamatan dan sekuriti radiasi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search