𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀) 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀) 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍| 𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi negeri Kedah dan Perlis yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Misi penerbangan yang bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir pada jam 3.25 petang itu membawa empat tangki larutan garam bagi melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan sasaran sekitar Empangan Pedu, Empangan Muda, Empangan Ahning dan Empangan Beris di Kedah, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.
Terima kasih diucapkan kepada Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang turut hadir menyertai misi OPA kali ini bagi melihat sendiri pelaksanaan dan pengoperasian pembenihan awan dengan lebih dekat.
Turut serta dalam penerbangan ialah Encik Maqrun Fazli bin Mohd. Fahmi, Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN), MET Malaysia, manakala NADMA diwakili oleh PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
