𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 | 𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
YBhg. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak menyertai misi operasi pembenihan awan pada hari pertama dilaksanakan.
Operasi ini diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan.
Operasi ini bermula pada jam 3.00 petang dengan membawa 4 tangki larutan garam. Kawasan operasi pembenihan awan adalah di sekitar Empangan Batang Ai. Ianya dilaksanakan berikutan penyusutan ketara paras air di sungai-sungai dan empangan selain situasi jerebu yang teruk pada masa ini. Operasi pada hari ini berakhir pada jam 5.05 petang.
Turut hadir, Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Ahadiah Zamhari, Pengurus Kanan II Sarawak Energy Berhad, Mohamad Redzuan bin Abdul Moin, Penolong Pengarah Kanan MET Malaysia turut terlibat dalam operasi ini. NADMA diwakili oleh PgKB | Arjunaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pelaksanaan Operasi.
