πππππ ππππππ πππππππππππππ ππππππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππ πππππππππππππ ππππππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππππ
Β
KERIAN, PERAK, 3 September 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak melaksanakan lawatan kerja ke Empangan Bukit Merah bagi meninjau aspek pengoperasian, pengurusan sumber air serta tahap kesiapsiagaan empangan dalam menghadapi risiko bencana seperti banjir dan kemarau. Lawatan diketuai Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datoβ Meor Ismail bin Meor Akim, bersama barisan pegawai kanan NADMA.
Β
Lawatan ini turut menjadi platform memperkukuh penyelarasan NADMA dan JPS dalam aspek pengurusan risiko bencana serta keselamatan infrastruktur. Empangan Bukit Merah berperanan penting dalam pengairan padi Rancangan Pengairan Kerian seluas kira-kira 22,473 hektar, bekalan air domestik serta mitigasi banjir di sekitar lembangan Sungai Kurau. Hasil lawatan akan menjadi input kepada NADMA dalam memperkukuh tadbir urus pengurangan risiko serta perancangan pencegahan dan kesiapsiagaan selaras dengan matlamat Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030.
