PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

IRNAP (INSARAG Recognized National Accreditation Process) China 2025

IRNAP (INSARAG Recognized National Accreditation Process) China 2025 | 30 November hingga 5 Disember 2025

IRNAP (INSARAG Recognized National Accreditation Process) merupakan proses akreditasi kebangsaan yang diiktiraf INSARAG bagi menilai dan mengesahkan keupayaan pasukan Urban Search and Rescue (USAR) selaras dengan standard dan keperluan antarabangsa INSARAG.

TSG (Technical Support Group) bertanggungjawab menilai aspek organisasi, pengurusan, logistik, peralatan, dokumentasi serta pematuhan terhadap keperluan INSARAG, manakala TRG (Technical Recognition Group) menilai keupayaan teknikal, taktikal dan operasi pasukan semasa pelaksanaan latihan dan simulasi.

Pelaksanaan IRNAP China ini turut disokong oleh kehadiran wakil daripada UNOCHA HQ New York, iaitu Edem Wosornu, Director of Crisis Response Division, OCHA, sekali gus mencerminkan sokongan serta pengiktirafan peringkat tertinggi terhadap proses akreditasi ini.

Penilaian ini turut disertai oleh Inspektor Muhamad Zul Khairi bin Idris daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berperanan sebagai Team Leader Technical Support Group (TSG). Sepanjang proses penilaian, pasukan China menunjukkan tahap komitmen dan kesiapsiagaan yang baik. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh TSG dan TRG serta pihak China memberikan kerjasama penuh termasuk melaksanakan penambahbaikan secara langsung sepanjang tempoh penilaian.

Secara keseluruhan, China telah berjaya memperoleh pengiktirafan IRNAP bagi kategori Medium Team, menandakan pematuhan terhadap keperluan serta standard INSARAG yang ditetapkan. Kejayaan IRNAP China ini turut mengukuhkan kredibiliti dan kepakaran TSG, khususnya Pasukan SMART, sebagai rakan strategik INSARAG yang berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan penilaian teknikal yang memberi bimbingan berkesan serta memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap standard antarabangsa USAR.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search