Sesi Libat Urus Kesedaran Keselamatan Empangan Bakun Hidroelektrik bersama Komuniti Hilir Bakun
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Libat Urus Kesedaran Keselamatan Empangan Bakun Hidroelektrik bersama Komuniti Hilir Bakun | 6 & 7 Disember 2025 | Belaga, Sarawak
YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA telah menyempurnakan majlis perasmian dan menyampaikan sesi taklimat aturgerak inter-agensi dalam tindak balas bencana meliputi operasi menyelamat, memindahkan mangsa dan menjaga kebajikan mangsa.
Sesi ini merupakan sebahagian dari sesi jelajah kampung-kampung hiliran yang berdekatan dengan Empangan Bakun yang akan terkesan apabila air di empangan dilepaskan. Komuniti terutama penduduk di rumah Panjang Kampung Uma Lahanan, Uma Long Mitik, Uma Long Segahan, Uma Apan, Uma Nyaving dan Uma Long Menjawah hanya mempunyai kurang dari 9 jam dari siren amaran dibunyikan untuk menyelamatkan diri.
Sesi ini juga merupakan sebahagian daripada Siri-Siri Libat Urus dan Tabletop Exercise (TTX) (2024-2025) yang sebelum ini telah melibatkan inter-agensi dan komuniti sebagai persediaan Field Training Exercise (FTX) berskala besar yang dijadualkan pada suku tahun pertama 2026. Siri ini juga merupakan keperluan PTO Keselamatan Empangan terutama empangan lama seperti Bakun yang telah siap dibina pada tahun 2010 dan mula beroperasi pada tahun 2014.
Dijangka seramai 44,500 penduduk Belaga akan terkesan apabila air di Empangan Bakun dilepaskan sekiranya terdapat keperluan pada keselamatan empangan. Wakil Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA, turut menyampaikan penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan Komuniti melalui rangka CBDRM meliputi rangka kerja sistematik untuk persediaan, respons dan pemulihan bencana di peringkat komuniti.
Topografi Belaga menyebabkan komuniti setempat mempunyai cabaran terutamanya terputus hubungan darat dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa serta penghantaran bantuan tidak boleh melalui jalan darat dan terpaksa menggunakan kenderaan udara. Justeru, kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana merupakan elemen kritikal bagi memastikan komuniti mampu bertindak balas dan menyelamatkan nyawa ketika menghadapi bencana.
