Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian bagi Bulan Disember 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian bagi Bulan Disember 2025 | 8 Disember 2025
Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian secara hibrid.
Perhimpunan ini dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya dengan bertemakan "Rancakkan MADANI; Infra Lestari, Wanita Disanjungi" berjaya menghimpunkan para penjawat awam bukan sahaja secara kehadiran fizikal tetapi juga melalui kaedah live streaming. Inisiatif ini bagi membolehkan amanat YAB Perdana Menteri dapat didengar oleh seluruh warga kerja sekaligus menjadi pedoman dalam melaksanakan tugas kepada rakyat.
NADMA akan terus teguh mendokong teras Malaysia MADANI khususnya dalam pengurusan bencana negara sekaligus dapat mengukuhkan negara dan rakyat yang berdaya tahan bencana.
