Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU | 7 DISEMBER 2025
Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA telah menghadiri Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pagi tadi di Pentas Utama Program Rancakkan MADANI, Dataran Putrajaya.
Turut hadir di majlis adalah barisan Jemaah Menteri, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pimpinan tertinggi perkhidmatan awam.
