PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π“πˆππ‰π€π”π€π πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengambil kesempatan untuk turun dan meninjau keadaan pengoperasian di lapangan yang dikendalikn oleh JPBN Sabah dan JPBD Pitas. Lebih 3,200 penduduk setempat terjejas dan mendapat perlindungan di PPS. Keadaan ini berikutan dua (2) episod bencana banjir yang telah melanda daerah ini dalam tempoh 20 hingga 26 Februari 2026 dan 10 hingga 11 Mac 2026 yang lalu.
Β 
Ketua Pengarah NADMA bersama-sama YB Dato’ Verdon Bahanda, Ahli Parlimen Pitas dan Encik Asdi @ Mohd Faizal Hussin, Pegawai Daerah Pitas telah melakukan tinjauan ke kawasan jambatan runtuh di Kampung Pias, Kanibongan, Pitas bagi melihat sendiri keadaan semasa.
Β 
Insiden jambatan runtuh ini telah menjejaskan 20 buah kampung yang didiami oleh hampir 7,000 orang penduduk.
Β 
NADMA akan meneliti keperluan bantuan segera di kawasan ini bagi memastikan situasi semasa dapat dipulihkan sekaligus membolehkan penduduk menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search