PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

PROGRAM IHYA' RAMADAN

Program Ihya’ Ramadan NADMA diteruskan dengan pengisian tazkirah bertajuk “Hikmah Nuzul Quran di Bulan Ramadan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amin Ibrahim.
Perkongsian yang penuh penghayatan ini mengingatkan warga NADMA tentang keistimewaan peristiwa Nuzul Quran serta kepentingan mendekatkan diri kepada Al-Quran sebagai panduan kehidupan, di samping memperkukuh keimanan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
 
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada 17 orang anak-anak yatim bagi meraikan kehadiran mereka dalam program Ihya' Ramadan NADMA.
Program Ihya' Ramadan NADMA kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa yang menghimpunkan warga NADMA bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kesyukuran. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Maghrib diikuti dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
 
Pengisian program pengimarahan bulan Ramadan ini turut mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keikhlasan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga NADMA dalam mengejar ganjaran dan syafaat bulan yang mulia ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search