ππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππ ππ ππππ πππππ |
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim telah tiba di Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Sabah pada 8.45 pagi dan disambut oleh Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (HEDNP) Negeri Sabah merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.
Β
Ketua Pengarah NADMA telah mendapatkan taklimat mengenai laporan operasi, status cuaca dan cabaran semasa di lapangan yang diselaraskan oleh JPBN Sabah dan JPBD berkaitan.
Lebih 6,000 penduduk setempat telah terjejas dan mendapat perlindungan di PPS sehingga 12 Mac 2026 bagi bencana monsun sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026. Beberapa kejadian bencana yang telah melanda negeri ini dalam tempoh MTL seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh dan runtuhan struktur (iaitu jambatan runtuh) telah dilaporkan berlaku.
Β
Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi perjumpaan khas ini menyentuh kepada peningkatan keupayaan dan menangani aduan berkaitan pengurusan bencana setempat sebagaimana yang dibentangkan oleh Agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah.
Β
NADMA dan JPBN Sabah sepakat untuk meneliti setiap keperluan penyaluran bantuan di kawasan terjejas bencana bagi memastikan situasi semasa dapat dipulihkan dan ditambahbaik dalam tempoh masa yang bersesuaian.
