Majlis Penyerahan Pusat Kawalan Bencana Negeri, State Disaster Command Centre (SDCC) Terengganu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Penyerahan Pusat Kawalan Bencana Negeri, State Disaster Command Centre (SDCC) Terengganu | 10 Disember 2025
Telah berlangsung Majlis Penyerahan State Disaster Command Centre (SDCC) Terengganu yang disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Ab Rasid Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Terengganu dan YBhg. Datoβ Haji Abdul Kahar Abdul Latif, Pengarah ICU JPM Terengganu selaku pelaksana. Turut hadir dalam sesi penyerahan ini ialah YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA, pegawai-pegawai daerah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pengurusan Bencana Daerah, ketua-ketua jabatan dan Agensi Negeri Terengganu.
Peruntukan SDCC oleh NADMA kepada Kerajaan Negeri akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang akan memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Terengganu dan seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem Defend Geospatial Information Management (DGIM). Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan tindak balas responder dan koordinasi bantuan dapat diselaraskan diperingkat negeri dan nasional.
Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu projek infrastruktur baharu, tetapi sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlaku bencana. Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA juga turut berkesempatan meninjau projek menaik taraf Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SMK Matang, Hulu Terengganu, Terengganu bagi memantau dan melihat sendiri perjalanan serta penyiapan projek di tapak bina. Turut hadir pada sesi lawatan ini adalah wakil KPM, SUK Terengganu, JPN Terengganu, PPD Hulu Terengganu, Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan JKM Hulu Terengganu.
