PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ πˆπ„π‘ πŒπ€π’πŸŽπŸ | π„ππ€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ πˆπ„π‘ πŒπ€π’πŸŽπŸ | π„ππ€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
Β 
PUTRAJAYA, 21 September 2026 – Pemerhati antarabangsa dari Korea Selatan, TΓΌrkiye, Rusia, Singapura, Thailand dan Filipina hadir ke NADMA sempena hari pertama π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) 2026 Pasukan SMART di Putrajaya.
Β 
Kehadiran wakil enam negara ini bukan sekadar sebagai pemerhati, malah menjadi platform perkongsian pengalaman dan pembelajaran dalam bidang 𝘜𝘳𝘣𝘒𝘯 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ (π˜œπ˜šπ˜ˆπ˜™) serta memberi pendedahan secara langsung terhadap proses penilaian, amalan dan prosedur yang dilaksanakan sepanjang IER 2026.
Β 
Program dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai NADMA yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Timbalan Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS), meliputi peranan NADMA serta pendekatan Malaysia dalam pengurusan bencana.
Β 
Penganjuran IER 2026 turut memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan perkongsian kepakaran dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas terhadap bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search