PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀–𝐌𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀–𝐌𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
 
PETALING JAYA, 25 September 2026 – Keupayaan negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindakan awal bencana terus diperkasa menerusi kerjasama strategik antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Perkara itu menjadi fokus Lawatan Kerja Teknikal NADMA ke Ibu Pejabat MET Malaysia hari ini yang meneliti aspek penyelarasan serta perkongsian maklumat berkaitan cuaca, gempa bumi dan tsunami bagi memastikan maklumat risiko dapat disampaikan dengan tepat dan pada masanya.
 
Lawatan yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Saiful Yazan Alwi, turut memberi tumpuan kepada sistem pemantauan dan penyampaian maklumat serta keperluan memperkemas penyelarasan antara agensi. Delegasi NADMA turut meninjau operasi Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) serta Studio MET Malaysia bagi melihat proses pemantauan dan penyampaian maklumat risiko kepada masyarakat, selaras dengan usaha memperkukuh pendekatan whole-of-government dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan tindakan awal bencana negara.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search