PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Harap ada tindakan proaktif pihak berkuasa

Harap ada tindakan proaktif pihak berkuasa

Seremban:“Kejadian banjir kilat kali ini agak teruk walaupun tidak seteruk pada 2008 apabila air naik memenuhi kawasan dalam dan halaman rumah setinggi hampir paras lutut.

“Kami tidak sempat menyelamatkan beberapa barangan penting terutama perabot kerana kejadian itu berlaku dengan sangat cepat pada jam 5 pagi, Khamis lalu, ketika ahli keluarga sedang tidur,” kata Muhammad Iqbal Ramli, 32, antara penduduk Kampung Paroi di sini yang ditimpa banjir kilat pada Khamis lalu.

Menurutnya, ketika dia terjaga, air sungai berhampiran kediamannya sudah melimpah dan memenuhi sebahagian kawasan kediaman Katanya, dia sempat mengalihkan beberapa kenderaan ahli keluarga di halaman rumah ke kawasan selamat selain menyelamatkan peralatan termasuk peti ais.

“Air banjir naik begitu cepat selepas hujan lebat sepanjang malam, kami tak jangka banjir boleh menimpa kampung ini. Ini kerana kali terakhir kampung ini mengalami banjir kilat pada 2008. Saya tak pasti apa puncanya,” katanya ketika ditemui pada lawatan Menteri Luar merangkap penduduk kampung. Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan di kampung itu, kelmarin.

Mohamad berkata, sebanyak 42 rumah terbabit dalam banjir itu.

“Saya dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan telah melawat kawasan ini namun saya akan menghubungi JPS negeri untuk melihat apa pandangan serta cadangan mereka dalam mengatasi masalah ini,” katanya.

Mohamad berkata, tindakan proaktif daripada pihak berkuasa perlu untuk memastikan banjir kilat di kampung itu tidak berulang.

“Bila banjir, banyak kemusnahan harta benda berlaku. Saya akan cuba bawa cadangan atau pandangan daripada JPS negeri ke peringkat persekutuan agar masalah dialami Kampung Paroi ini ditangani. Kita tidak mahu musibah lebih buruk berlaku pada masa hadapan, kita nantikan cadangan daripada pihak berwajib dalam usaha untuk mengurangkan kekerapan berlakunya banjir kilat di kampung ini,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search