PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Amaran hujan lebat, ribut petir di Putrajaya dan 8 negeri lain sehingga 9 pagi

Amaran hujan lebat, ribut petir di Putrajaya dan 8 negeri lain sehingga 9 pagi

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Putrajaya dan 8 negeri lain hingga jam 9 pagi ini.

Dalam hantaran Facebook MetMalaysia, negeri yang dijangka mengalami cuaca berkenaan ialah Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Manjung) dan Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

"Melaka, Johor dan Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau turut diramal dengan cuaca yang sama.

"Selain negeri berkenaan, ribut petir dan angin kencang diramal membadai Sarawak di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), sementara Sabah di Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)," kata kenyataan itu.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search