PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jepun hantar pasukan pakar ke Nepal bantu kenal pasti mayat mangsa banjir

Jepun hantar pasukan pakar ke Nepal bantu kenal pasti mayat mangsa banjir

TOKYO: Jepun akan menghantar pasukan pakar ke Nepal bagi membantu pihak berkuasa tempatan mengenal pasti mayat yang ditemukan susulan banjir besar dan tanah runtuh berhampiran sempadan negara itu dengan China, lapor Kyodo News yang memetik Kementerian Luar Jepun pada Khamis.

Pasukan tujuh anggota itu akan tiba di Nepal pada Jumaat. Lebih 1,200 orang terkorban dan kira-kira 5,500 lagi masih hilang susulan bencana pada 26 Ogos, dengan lima warga Jepun antara yang masih belum ditemukan, menurut kementerian itu.

"Nepal ialah sahabat lama Jepun dan kerajaan kami tidak akan teragak-agak untuk memberikan segala bentuk bantuan," kata Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi kepada pemberita di Ulaanbaatar.

Pasukan itu terdiri daripada pegawai Kementerian Luar, Agensi Polis Kebangsaan, Jabatan Polis Metropolitan dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), menurut kementerian itu.

Motegi turut berkata, pasukan berasingan dari JICA telah berada di Nepal pada Rabu bagi menilai keperluan perubatan. – BERNAMA-KYODO

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search