PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bencana jerebu pulih, tiada kawasan tidak sihat pagi ini

Bencana jerebu pulih, tiada kawasan tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR: Tiada kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat di seluruh negara pagi ini.

Berdasarkan data terkini, sebanyak 43 stesen pemantau merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 7.50 pagi ini.

Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan sederhana.

Ia membabitkan Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Melaka, Selangor, Perak , Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, 25 stesen lain merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman, Pahang sehingga jam 9 pagi ini.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Kuching dan Samarahan (Samarahan, Asajaya dan Sebuyau).

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search