PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan lebat cetus banjir kilat di dua kawasan di Raub

Hujan lebat cetus banjir kilat di dua kawasan di Raub

Raub: Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di dua kawasan di daerah ini petang tadi yang turut menenggelamkan jalan utama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan banjir dilaporkan berlaku pada jam 4.30 petang di Kampung Melayu Sempalit dan sepanjang Jalan Tras.

"Sungai Sempalit melimpah sehingga menenggelami kawasan kampung berhampiran, manakala sistem perparitan di sepanjang Jalan Tras tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.

"Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. Air banjir surut sepenuhnya kira-kira jam 6.50 petang selepas hujan berhenti," menurut kenyataan itu.

Sekretariat berkenaan berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis dikerahkan ke kedua-dua lokasi bagi membantu penduduk serta memantau paras air.

Terdahulu, gambar dan video kejadian banjir itu dikongsikan di media sosial menunjukkan air keruh menenggelami satu laluan di Jalan Tras yang hanya kenderaan besar dapat melaluinya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search