ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππ ππππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππππππππ
KHABAROVSK, PERSEKUTUAN RUSIA, 16 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyertai Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Mentoring Programme bersama pasukan RUS-03, EMERCOM of Russia, pada 12 hingga 16 Oktober 2026 sebagai mentor bagi memperkukuh kesiapsiagaan pasukan tersebut menjelang penilaian semula INSARAG pada tahun 2027.
Delegasi Malaysia terdiri daripada lapan pegawai NADMA, SMART dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diketuai oleh Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Tuan Addyhanis bin Ahamad, bersama Ketua Mentor RUS-03, SUPT Safrizan bin Suhaini. Program ini merangkumi penilaian simulasi latihan dan dokumen operasi serta cadangan penambahbaikan berdasarkan garis panduan INSARAG, sekali gus memperkukuh perkongsian kepakaran dan kerjasama antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat.
