MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA NADMA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA NADMA | 8 JANUARI 2026
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Bersama Warga NADMA bertempat di Markas SMART hari ini.
YAB TPM telah menggariskan tiga (3) Hala Tuju Strategik bagi tahun 2026 dalam pengurusan bencana negara iaitu:
1. Kesiapsiagaan Berasaskan Sains, Data dan Teknologi
- Perlu memanfaatkan data raya, analitik ramalan serta integrasi maklumat cuaca, geospatial dan risiko sosial;
- sistem amaran awal pintar perlu diperkukuh; dan
- pendekatan anticipatory action mesti dijadikan amalan supaya kita bertindak sebelum bencana berlaku.
2. Bertindak Pantas, Terselaras dan Berdisiplin
- Kecekapan di lapangan bergantung kepada struktur arahan yang jelas, protokol respons kebangsaan yang standard, serta latihan bersepadu dan simulasi krisis yang konsisten.
- Pasukan SMART sebagai simbol disiplin, ketangkasan dan kesiapsiagaan nasional.
3. Kemanusiaan Berteras Nilai dan Empati
- keselamatan dan maruah mangsa bencana mesti menjadi keutamaan.
- Pendekatan berpusatkan rakyat perlu menjadi asas, dengan bantuan disalurkan secara cepat, adil dan berintegriti.
- Pastikan setiap gerak kerja bantuan dilakukan seperti kita membantu ahli keluarga sendiri, dilakukan dengan ihsan, hormat dan amanah.
- Setiap tindakan di lapangan bukan sekadar soal pelaksanaan, tetapi soal hati dan tanggungjawab.
NADMA akan menjadikan ketiga-tiga hala tuju strategik ini sebagai kompas untuk memacu tindakan dan memandu pelaksanaan tindakan NADMA sepanjang tahun ini agar lebih berdaya tahan dan diyakini rakyat dalam menghadapi apa jua situasi bencana.
