ππππππππππ ππππππππ ππππππππππ πππ ππππππππππ πππππ πππππππ πππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ ππππππππ ππππππππππ πππ ππππππππππ πππππ πππππππ πππ
Β
MELAKA, 23 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Perjawatan dan Penstrukturan Semula Organisasi NADMA Tahun 2026 pada 21 hingga 23 Oktober 2026 di Melaka. Bengkel ini bertujuan meneliti kesesuaian struktur organisasi dan keperluan perjawatan NADMA agar terus relevan dengan mandat serta cabaran pengurusan bencana negara yang semakin kompleks.
Β
Bengkel ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui perkongsian mengenai dasar, prinsip dan hala tuju penstrukturan organisasi sektor awam. Perbincangan memberi tumpuan kepada penjajaran fungsi, pengoptimuman sumber manusia dan pengukuhan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan penyelarasan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan NADMA dalam pengurusan bencana negara.
