๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฝ๐๐ ๐พ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐ฟ ๐๐๐๐ฟ๐๐๐พ๐ (๐ฝ๐พ๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฝ๐๐ ๐พ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐ฟ ๐๐๐๐ฟ๐๐๐พ๐ (๐ฝ๐พ๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐โ๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Empat orang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu DCP Datuk Mazli Mazlan, Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Lt. Col. Dr. Ajantha Segarmurthy dan Supt. Muhammad Rozhan Rosli telah menghadiri ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฐ๐ฑ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ต๐ณ๐ข๐ต๐ฆ๐จ๐ช๐ฆ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐น๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ง ๐๐ช๐ฐ ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ฆ๐ฅ ๐๐ท๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐).
ย
Bengkel anjuran INTERPOL ini berlangsung selama 4 hari di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
ย
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana khususnya ancaman biologi. Perbincangan turut memberi penekanan kepada cabaran serta strategi pengujian bahan bukti di lokasi kejadian dan makmal, selain menyentuh aspek perundangan, logistik dan teknikal yang berkaitan.
ย
Selain sesi ceramah dan forum, para peserta bengkel turut dibawa melawat ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, serta Animal Experimental Unit dan Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Lawatan ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami keupayaan analitikal, diagnostik dan peranan institusi dalam penyiasatan wabak serta penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
ย
NADMA turut berkongsi mengenai mekanisme pengurusan bencana negara berpandukan Arahan NADMA No. 1, khususnya dalam konteks Bencana Industri dan CBRNE.
ย
Pelbagai agensi kerajaan termasuk PDRM, KKM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Jabatan Veterinar, STRIDE, MIR serta wakil dari Universiti Malaya merupakan peserta bengkel ini.
