πππππππ ππππππππππ ππππ (πππ) πππ πππππ: πππππ πππππππππ ππππππππππ πππππ πππ ππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππ ππππππππππ ππππ (πππ) πππ πππππ: πππππ πππππππππ ππππππππππ πππππ πππ ππππππππ
Β
βAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu menangani kesan cuaca panas dan penyusutan paras air di empangan-empangan utama.
Β
βBagi Zon Utara, operasi yang dilaksanakan semalam (13 Februari) dan diteruskan pada hari ini (14 Februari) memfokuskan kepada kawasan tadahan hujan di lokasi-lokasi strategik berikut:
Β
β
Negeri Kedah:
βEmpangan Pedu: Berfungsi sebagai nadi utama pengairan padi dan bekalan domestik/industri.
Β
βEmpangan Muda: Bertindak sebagai empangan pengimbang di mana air takungannya disalurkan ke Empangan Pedu melalui Terowong Saiong.
Β
βEmpangan Ahning: Antara empangan utama bagi pelepasan air untuk kegunaan domestik dan industri.
Β
β
Negeri Perak:
βEmpangan Bukit Merah: Kawasan sasaran penting bagi memastikan kestabilan pengairan padi di utara Perak.
Β
Empangan Temenggor : Berfungsi sebagai penjana kuasa hidroelektrik dan kawasan tadahan air bagi membekalkan air minuman domestik serta kepada sektor pertanian dan pengairan di kawasan hilir, khususnya di daerah Perak Tengah.
Β
βOperasi ini menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.
βSemoga usaha bersepadu ini dapat membantu memulihkan simpanan air demi kesejahteraan rakyat, khususnya bagi sektor pertanian dan kegunaan domestik .
