PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

JEREBU: KENALI TANDA-TANDANYA
Jerebu bukan sekadar langit yang kelihatan berkabus. Jarak penglihatan yang berkurang, bau asap yang semakin ketara serta rasa tidak selesa pada mata, hidung atau tekak antara tanda yang perlu diberi perhatian.
Jaga kesihatan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Dapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara melalui sumber rasmi dan ambil langkah berjaga-jaga apabila keadaan jerebu semakin buruk.
Previous Next

Menuju π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) 2026
Kejayaan dalam penilaian ini penting bagi memastikan Malaysia terus mengekalkan status sebagai negara yang memiliki keupayaan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) yang diiktiraf di bawah PBB.
Lebih daripada itu, pengiktirafan ini menyokong kesinambungan penggerakan Pasukan SMART dibawah kerangka kemanusiaan
antarabangsa, selain memperkukuh kepimpinan dan kredibiliti Malaysia dalam pengurusan bencana di peringkat ASEAN dan global.
Previous Next

Menuju π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) 2026
SMART: 5 Komponen, 1 Misi β€”Menyelamatkan Nyawa.
Sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR), SMART mempunyai keupayaan melaksanakan operasi menyelamat yang kompleks, khususnya dalam situasi runtuhan
struktur konkrit yang memerlukan kepakaran, peralatan khusus dan koordinasi yang tinggi. Lima komponen utama menjadi tunjang keupayaan SMART, iaitu Pengurusan, Logistik, Carian, Penyelamatan dan Perubatan.
Previous Next

Menuju π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) 2026
Β 
Dari Malaysia ke dunia, Pasukan SMART sentiasa bersedia menghulurkan bantuan apabila bencana melanda.Dengan kepakaran dalam carian teknikal & K9, penyelamatan aras tinggi, breaching & shoring, penyelamatan udara, perubatan kecemasan, dron serta penyelamatan dalam air, SMART berkeupayaan melaksanakan operasi dalam pelbagai situasi bencana.
Pengalaman misi di Myanmar, TΓΌrkiye-Syria, Sulawesi, Filipina, India dan Indonesia, serta pelbagai operasi dalam negara, mencerminkan kesiapsiagaan, kepakaran dan komitmen Malaysia dalam pengurusan bencana di peringkat antarabangsa.
Previous Next

JEREBU: SIAGA SEBELUM RISIKO MENINGKAT
Kualiti udara yang terjejas memerlukan tindakan dan kesiapsiagaan bersama. Warga sekolah disaran sentiasa memantau bacaan IPU, mengambil langkah persediaan yang sewajarnya serta melindungi murid dan warga sekolah daripada pendedahan kepada jerebu.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search