PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Menuju π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) 2026
Β 
Tahukah anda? Pasukan SMART merupakan pasukan USAR Malaysia yang diiktiraf sebagai 𝘏𝘦𝘒𝘷𝘺 𝘜𝘳𝘣𝘒𝘯 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ (𝘏𝘦𝘒𝘷𝘺 π˜œπ˜šπ˜ˆπ˜™) oleh INSARAG sejak 2016.
Dengan keupayaan respon pantas 24 jam sehari, 7 hari seminggu, SMART mampu beroperasi di dua lokasi secara serentak, melaksanakan operasi kendiri sehingga 10 hari serta digerakkan ke dalam dan luar negara bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat.
Β 
Keupayaan ini bukan sekadar bergantung kepada aset dan peralatan, tetapi turut diperkukuh dengan kepakaran, latihan, disiplin dan kesiapsiagaan anggota.Kini, SMART terus memperkukuh keupayaan bagi menghadapi IER 2026 dan mengekalkan pengiktirafan Malaysia sebagai pasukan 𝘏𝘦𝘒𝘷𝘺 π˜œπ˜šπ˜ˆπ˜™ di peringkat antarabangsa.
Previous Next

Menuju π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) 2026
Β 
Mari kita kenali lebih dekat wira-wira Pasukan SMART, aset strategik negara dalam operasi mencari dan menyelamat.Ditubuhkan dengan menghimpunkan kepakaran anggota terpilih daripada PDRM, ATM dan JBPM, SMART sentiasa bersedia menghadapi situasi bencana berisiko tinggi.
Β 
Di sebalik setiap misi, terdapat latihan, disiplin, ketahanan serta komitmen yang menjadi kekuatan pasukan. Kini, SMART terus memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan dalam persiapan menghadapi IER 2026.Ikuti perjalanan SMART bersama NADMA, daripada kisah penubuhan hingga persiapan menuju IER 2026.
Previous Next

JEREBU: KENALI PUNCA-PUNCANYA
Β 
Jerebu boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kebakaran hutan, pembakaran terbuka, aktiviti perindustrian serta sumber pencemaran lain termasuk asap kenderaan dan aktiviti pembinaan.
Kenali puncanya dan sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara semasa. Bersama-sama kita memainkan peranan dalam mengurangkan pencemaran udara serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Barat Daya 2026.
Previous Next

IPU NAIK? JANGAN AMBIL MUDAH! 🌫️

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang meningkat menandakan kualiti udara semakin merosot dan boleh meningkatkan risiko terhadap kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak bacaan IPU terkini, mengurangkan aktiviti di luar terutama aktiviti fizikal, memakai pelitup muka yang sesuai serta minum air secukupnya.

Previous Next

GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU 🌫️

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan gejala seperti mata pedih dan berair, hidung berair, batuk, kegatalan pada kulit, sakit dada serta kesukaran bernafas.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara, menghadkan aktiviti di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta keluarga daripada kesan jerebu.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang serius.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search