APA ITU BENCANA? PENGURANGAN RISIKO BENCANA DAN APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Bencana tidak boleh dihentikan, tetapi risikonya boleh dikurangkan jika kita bersedia dari sekarang.
Pengurusan bencana bukan sekadar memberi tindak balas ketika kecemasan, tetapi merangkumi lima komponen utama Pengurangan Risiko Bencana, iaitu Pencegahan, Mitigasi, Kesiapsiagaan, Tindak Balas dan Pemulihan. Setiap komponen memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko, melindungi nyawa, mengurangkan kerugian harta benda serta mempercepat proses pemulihan selepas bencana.
Kesiapsiagaan bermula dengan tindakan yang boleh dilakukan oleh setiap individu, seperti menyediakan kit kecemasan, mengikuti maklumat rasmi daripada agensi berkaitan, merancang pelan kecemasan bersama keluarga, mengenal pasti risiko di kawasan kediaman dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
APA ITU BENCANA? JENIS-JENIS BENCANA DAN IMPAK BENCANA TERHADAP MASYARAKAT
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Bencana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Kesan yang ditinggalkan bukan sahaja melibatkan kerosakan fizikal, tetapi turut memberi impak kepada kehidupan, ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Jangan tunggu sehingga bencana berlaku untuk mula bertindak. Mulakan dengan langkah mudah kenali ancaman di kawasan anda, sediakan keperluan kecemasan dan sentiasa peka terhadap maklumat rasmi.
🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang memberi impak besar kepada nyawa, harta benda, ekonomi, masyarakat dan alam sekitar sehingga melebihi keupayaan komuniti atau negara untuk menanganinya menggunakan sumber sedia ada.
Memahami perbezaan ini bukan sekadar menambah ilmu, malah membantu kita menjadi lebih bersedia apabila berdepan situasi kecemasan. Kenali maksud sebenar bencana berdasarkan Arahan NADMA No. 1 dan jadikan kesiapsiagaan sebagai budaya dalam melindungi diri, keluarga serta komuniti. Ilmu hari ini mampu menjadi penyelamat pada masa hadapan.
𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀:𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀 (𝐌𝐁𝐃) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
