MITOS FAKTA PPKB
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Mitos atau Fakta?
PPKB bukan sekadar pusat pemindahan ketika bencana.
Ia merupakan kemudahan kekal yang dibina untuk menyediakan perlindungan yang lebih selesa dan teratur kepada mangsa bencana. Apabila tiada bencana, PPKB terus dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sebagai pusat aktiviti komuniti.
Melalui inisiatif Kerajaan MADANI, NADMA terus memperkukuh kesiapsiagaan bencana sambil memastikan setiap kemudahan yang dibangunkan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat.
FAKTA MITOS EL-NINO
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Jangan biarkan salah faham mengundang risiko. Ketahui fakta sebenar tentang El Niño, kesannya terhadap cuaca, bekalan air dan kehidupan harian agar kita lebih bersedia menghadapi Monsun Barat Daya 2026.
PPKB diwujudkan bagi memastikan mangsa bencana ditempatkan di pusat perlindungan yang lebih selesa, tersusun dan selamat. Inisiatif ini menekankan aspek kebajikan, keselamatan dan pengurusan yang lebih sistematik agar mangsa dapat menjalani tempoh pemindahan dengan lebih baik dan teratur.
Pada masa yang sama, pelaksanaannya turut membantu memastikan proses pembelajaran di sekolah tidak terganggu. Dengan pengurusan pemindahan yang lebih berfokus dan berstruktur, operasi pendidikan dapat diteruskan seperti biasa tanpa menjejaskan masa depan pelajar.
Panas terik + kemarau panjang = risiko strok haba, kebakaran terbuka & kekurangan air.
NADMA berkongsi panduan kesihatan dan keselamatan sempena Monsun Barat Daya 2026.
Baca, amal dan kongsikan. Jangan tunggu amaran baru bertindak.
Keselamatan bermula dengan tindakan kita.
Lindungi diri, lindungi keluarga.
EL-NINO
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Fenomena El Niño dijangka berterusan sehingga awal tahun 2027, menyebabkan cuaca lebih panas dan kering di beberapa kawasan.
