PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

NADMA SELARAS OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI LEMBAH KLANG ATASI MASALAH JEREBU

NADMA SELARAS OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI LEMBAH KLANG ATASI MASALAH JEREBU | 19 SEPTEMBER 2026
 
📍 Pangkalan Udara Subang
 
Susulan keadaan jerebu dan bacaan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu menghasilkan hujan di kawasan sasaran.
 
Operasi tumpuan pada hari ini melibatkan kawasan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta No. 20 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
OPA bermula pada jam 11.30 pagi dengan membawa empat tangki larutan garam untuk proses pembenihan awan di kawasan yang mempunyai potensi pembentukan awan sesuai.
Pelaksanaan operasi ini mengambil kira keadaan semasa apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) PM2.5 melebihi 150 dalam tempoh lebih 24 jam sehingga jam 11 pagi, 18 September 2026, selain keadaan cuaca panas dan pengurangan taburan hujan yang dialami ketika Monsun Barat Daya (MBD).
 
Usaha ini merupakan antara langkah segera yang boleh dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesan jerebu serta meningkatkan potensi hujan, khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai keadaan atmosfera yang sesuai untuk pembenihan awan.
 
Operasi berakhir pada jam 12.50 tengah hari.
 
Turut hadir dan terlibat dalam pelaksanaan operasi ialah YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA dan Encik Yuzaimi bin Mahat, Pengarah Bahagian Sains, Atmosfera dan Pembenihan Awan, MET Malaysia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search