𝐀𝐌𝐂𝐃𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐀𝐌𝐂𝐃𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
MANILA, 15 September 2026 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 bagi pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana (𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 – 𝘋𝘙𝘙) menyertai 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘈𝘔𝘊𝘋𝘙) 2026 dan 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 yang berlangsung pada 15 hingga 16 September 2026 di Manila, Republik Filipina. Penganjuran oleh 𝘛𝘩𝘦 𝘖𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘰𝘧 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘋𝘦𝘧𝘦𝘯𝘴𝘦 (𝘖𝘊𝘋), 𝘙𝘦𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘗𝘩𝘪𝘭𝘪𝘱𝘱𝘪𝘯𝘦𝘴 dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Indonesia ini menjadi platform peringkat tinggi ASEAN dalam memperkukuh pelaksanaan Sendai 𝘍𝘳𝘢𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬 𝘧𝘰𝘳 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘚𝘍𝘋𝘙𝘙) 2015–2030 serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan negara anggota ASEAN.
Delegasi Malaysia diketuai Tuan Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, NADMA, bersama Encik Muhammad Aslam bin Adenan, Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi, NADMA. Malaysia turut memainkan peranan aktif melalui penyampaian Plenary Remarks serta penyertaan sebagai panel speaker bagi Sesi 5 yang memberi fokus kepada visi daya tahan ASEAN pasca-2030 dan pengurusan risiko sistemik serta risiko baharu. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kepimpinan dan kerjasama ASEAN bagi memastikan agenda DRR terus relevan, proaktif dan berdaya tahan dalam menghadapi landskap risiko bencana yang semakin kompleks.
