PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Hari kedua pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini memberi tumpuan kepada kawasan empangan di Negeri Melaka melibatkan 3 buah lokasi iaitu Empangan Durian Tunggal, Jus dan Asahan. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 1.17 petang.
ย 
Operasi hari ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan pembenihan awan yang dilakukan oleh Pasukan Teknikal MET Malaysia dan juga anggota TUDM. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 3.00 petang di kawasan sasaran. Pelaksanaan OPA pada hari kedua ini berjaya membantu pembentukan awan sekaligus menurunkan hujan di kawasan sasaran.
Previous Next

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐–๐€๐ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‡๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐‰๐”๐๐† | ๐Ÿ๐ŸŽ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“PANGKALAN UDARA SUBANG
ย 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekali lagi menyelaras pelaksanaan 4 siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) bermula hari ini sehingga 23 April 2026 bertumpu di Negeri Melaka dan Johor.
ย 
YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Pengangkutan Negeri Melaka turut menyertai dan menyaksikan pelaksanaan OPA hari ini.
ย 
Kawasan sasaran adalah di lapan (8)ย buah empangan dan dua (2) Loji Rawatan Air (LRA). Kesinambungan operasi ini adalah sangat perlu memandangkan paras simpanan air di kawasan empangan ini masih berada pada tahap waspada.
Previous Next

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐‚๐๐‘๐๐„ (๐„๐—-๐๐„๐‘๐€๐ˆ) ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
ย 
Satu Latih Amal melibatkan Bencana CBRNE telah dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS Gas Berhad dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latih amal ini yang dinamakan ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ฎ, ๐—•๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ, ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ, ๐—ก๐˜‚๐—ธ๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ & ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป (๐—˜๐—ซ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ) ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ telah berjaya dilaksanakan bertempat di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Latihan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi berkepentingan yang memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana.
ย 
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, dan turut diiringi oleh YB Dato' Seri Haji Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Mewakili pihak NADMA diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) NADMA dan turut disertai oleh pegawai dari Seksyen Pelaksanaan Operasi, Seksyen Penyelarasan Operasi dan Seksyen Mitigasi NADMA.
ย 
Objektif utama latihan simulasi ini adalah untuk menguji garis panduan kecemasan/bencana, meningkatkan keupayaan komunikasi dan koordinasi inter agensi, serta menilai tahap kesiapsiagaan semua pihak termasuk komuniti selaras dengan Arahan NADMA No.1 bagi menghadapi insiden letupan paip gas.
ย 
Antara agensi utama yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi responder, teknikal dan bantuan . Semua agensi termasuk pihak Petronas telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan objektif latih amal dapat dicapai.
Previous Next

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ & ๐‚๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ (๐๐€๐“๐‚๐‡ ๐ŸŽ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan
ย 
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan komuniti dalam menghadapi bencana, satu Latihan Kesiapsiagaan Bencana Komuniti & CBDRM Siri 1 (Batch 02/2026) telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 36 peserta yang terdiri daripada anggota Kor i-Bantu serta wakil komuniti.
ย 
Program ini turut melibatkan penglibatan pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk Pejabay Kebajikan Masyarakat Daerah Raub, Hospital Universiti Sains Malaysia (Unit Bencana), HRPZ II, UiTM Machang serta penyertaan antarabangsa daripada NGO Khidmat A Thailand.
ย 
Latihan selama tiga hari ini memberi penekanan kepada pendekatan CBDRM selaras dengan garis panduan Arahan NADMA No. 1 yang telah disampaikan oleh Tuan Jefny Muhammad, Pengarah SPKS dengan penekanan kepada peranan komuniti dalam mengenal pasti risiko, merancang tindakan serta melaksanakan respons dan pemulihan bencana secara menyeluruh.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai modul praktikal termasuk komunikasi bencana, pertolongan cemas, teknik menyelamat, pengurusan mangsa banjir, operasi air dan bot, pemetaan risiko, penggunaan dron serta aplikasi CBDRM di peringkat komuniti.
Previous Next

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐‘๐„๐’๐ˆ๐‹๐ˆ๐„๐๐“ ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐„๐—๐๐Ž๐’๐ˆ๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐€๐๐ƒ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Bandar Kinrara, Puchong
ย 
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama-sama Ketua Bahagian Jualan Mercedes- Benz Malaysia, Encik Paul Wong dan Encik JC Yap, menyempurnakan sesi pelepasan kenderaan rasmi Resilient Asia 2026 bersama Mercedes-Benz Malaysia selaku Rakan Kerjasama Strategik Mobiliti, di Wisma Mercedes-Benz, Bandar Kinrara, Puchong.
ย 
Resilient Asia 2026 menerima 20 unit kenderaan dari Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi bagi acara tersebut yang bakal diadakan pada 24 - 26 April 2026 bertempat World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).
ย 
Penglibatan Mercedes Benz dalam menyokong Program Resilient Asia 2026 sebagai tanda kerjasama strategik dan sokongan ke arah inisiatif pengurangan risiko bencana dalam konteks kerjasama awam-swasta (public private partnership).
ย 
Teknologi Mercedes dalam bidang automotif tidak dapat dinafikan, termasuk dalam membina kenderaan responder - Pasukan SMART turut menggunakan kenderaan Mercedes di awal penubuhan sejak 1995.
ย 
Kenderaan ini turut akan dipamerkan semasa program RA di World Trade Centre. Justeru, selari dengan perkembangan teknologi automotif oleh Mercedes, kerjasama ini dapat menjadi pemangkin teknologi kenderaan masa hadapan termasuk AI yang yang boleh dimanfaatkan dalam pengurusan bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search