PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Eksesais Aman Youyi 2025 | 15 hingga 23 Oktober 2025 | Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong
 
Sedang berlangsung program Eksesais Aman Youyi 2025 (AY2025) antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama People’s Liberation Army (PLA) of China di Markas SMART yang dikendalikan oleh Markas Angkatan Bersama. Eksesais bilateral tahunan ini diadakan secara bergilir antara kedua-dua pihak dan AY2025 dijalankan dengan konsep Field Training Exercise (FTX) melibatkan operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dan Maritime Security (MARSEC).
 
Program yang menggabungkan USAR, Amphibious Operations dan Air Domain melibatkan penyertaan seramai 270 orang pegawai dan anggota secara keseluruhan. Eksesais HADR di Markas SMART pula melibatkan seramai 100 orang peserta dari ATM dan PLA serta 70 orang Pasukan SMART selaku excon/jurulatih/player. Program di Markas SMART ini meliputi kelas Subject Matter Expert (SME), Latihan Komponen USAR, Military Logistics, Medical diikuti dengan FTX SAR & Emergency Medical Team.
 
Majlis perasmian pada 15 Oktober 2025 telah disempurnakan oleh Ketua Staf MAB dan turut dihadiri oleh Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA diikuti dengan lawatan tapak. Kelas SME yang bermula pada 16 hingga 18 Oktober meliputi perkongsian daripada NADMA, SMART, ATM dan PLA tentang pelbagai topik termasuk HADR, Misi Pasukan SMART ke luar negara, peranan tentera dalam pengurusan bencana dan lain-lain.
Previous Next

Swift Water Rescue Abroad Exercise dan Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025 | 12 hingga 19 Oktober 2025 | Sydney, Australia

Delegasi NADMA yang terdiri dari 10 orang pegawai dan anggota telah berada di Sydney, Australia selama seminggu bagi mengikuti Swift Water Rescue Abroad Exercise serta menyertai Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025 yang menghimpunkan 10 pasukan penyelamat terdiri daripada agensi kerajaan atau sukarela yang terdapat di negara Australia.

Latihan intensif ini memberi peluang kepada pasukan untuk meningkatkan kecekapan teknikal, ketahanan fizikal dan kemahiran operasi di kawasan berarus deras, di samping memperkukuh aspek koordinasi, komunikasi dan logistik yang amat penting dalam operasi penyelamatan sebenar.

Pendedahan ini juga amat bermanfaat dalam usaha mempertingkatkan kesiapsiagaan Pasukan SMART menghadapi bencana berkaitan air di peringkat domestik dan antarabangsa selaras dengan penyertaan Pasukan SMART dalam Flood Water Rescue Team kelolaan INSARAG. Objektif program luar negara ini juga untuk melahirkan international certified pool of trainers di Pasukan SMART dalam Swift Water Rescue Training.

Alhamdulillah, hasil komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi, Pasukan SMART telah dianugerahkan President’s Commendation Award (Anugerah Kepujian Presiden AWRC) — satu pengiktirafan berprestij yang diberikan oleh Presiden AWRC kepada pasukan yang menunjukkan kecekapan, integriti dan profesionalisme cemerlang sepanjang pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada pihak pengurusan tertinggi atas sokongan padu, kepercayaan serta galakkan berterusan yang telah menjadi dorongan utama kepada kejayaan dan pencapaian Pasukan SMART di peringkat antarabangsa ini.

Previous Next

Majlis Penyerahan dua (2) buah Bot kepada Kg Tengah, Kluang | 18 Oktober 2025 | Balairaya Kg Tengah Dalam, Kluang, Johor
 
Telah berlangsung Majlis penyerahan bot dan peralatan kepada JKKK Kg Tengah yang dianjurkan oleh Rakan NADMA IHSAN Johor dengan kerjasama NADMA bagi memperkukuh kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana.
 
Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Aminuddin Hassim, KSU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Beliau bersama juga turut melaksanakan gimik pelepasan pasukan Rakan NADMA Zon Selatan bagi Misi Pasca Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026. Turut hadir ialah wakil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), AJK kampung serta sukarelawan Rakan NADMA.
Previous Next

Ketibaan Anjing Pengesan Unit K9 bagi Perolehan 16 Ekor Anjing dan Kelengkapan bagi Tahun 2026 | 16 Oktober 2025 | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
 
Perolehan Anjing Pengesan K9 ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Perolehan ini termasuk bagi empat (4) ekor Anjing Pengesan K9 search and rescue (SAR) bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Perolehan Anjing Pengesan K9 ini telah disalurkan peruntukan oleh NADMA bagi memenuhi syarat piawaian INSARAG dalam menghadapi INSARAG External Reclassification (IER) dan meningkatkan keupayaan operasi SAR. Anjing Pengesan K9 ini juga adalah bagi melengkapkan komponen teknikal Pasukan SMART dan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan antarabangsa.
 
Turut hadir bersama bagi menyambut Anjing Pengesan K9 ini ialah YBrs Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana, YBrs Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik, Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, PBK I Saravanan Elagamurom dan PB (W) Avlyanie Moidi dari Pasukan SMART serta beberapa pegawai dari JBPM.
Previous Next

Kursus Staf dan Taktik Gred 2 Siri 3/2025 | 15 Oktober 2025 | Kem Segenting, Port Dickson
 
Telah berlangsung Kursus Staf dan Taktik Gred 2 Siri 3/2025 yang bertujuan menyokong usaha pihak awam dalam tindak balas dan pemulihan bencana serta menyediakan tenaga kerja, sokongan logistik dan bantuan teknikal apabila agensi awam tidak cukup keupayaan. Di samping itu, memastikan tindakan pantas dan koordinasi bagi melindungi nyawa dan harta benda.
 
Selain itu, memulihkan perkhidmatan asas seperti komunikasi, pengangkutan, bantuan perubatan dan bekalan air. Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi telah dijemput sebagi penceramah bagi tajuk “Apply Aid To Civ Agencies in HADR”.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search