Swift Water Rescue Abroad Exercise dan Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Swift Water Rescue Abroad Exercise dan Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025 | 12 hingga 19 Oktober 2025 | Sydney, Australia
Delegasi NADMA yang terdiri dari 10 orang pegawai dan anggota telah berada di Sydney, Australia selama seminggu bagi mengikuti Swift Water Rescue Abroad Exercise serta menyertai Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025 yang menghimpunkan 10 pasukan penyelamat terdiri daripada agensi kerajaan atau sukarela yang terdapat di negara Australia.
Latihan intensif ini memberi peluang kepada pasukan untuk meningkatkan kecekapan teknikal, ketahanan fizikal dan kemahiran operasi di kawasan berarus deras, di samping memperkukuh aspek koordinasi, komunikasi dan logistik yang amat penting dalam operasi penyelamatan sebenar.
Pendedahan ini juga amat bermanfaat dalam usaha mempertingkatkan kesiapsiagaan Pasukan SMART menghadapi bencana berkaitan air di peringkat domestik dan antarabangsa selaras dengan penyertaan Pasukan SMART dalam Flood Water Rescue Team kelolaan INSARAG. Objektif program luar negara ini juga untuk melahirkan international certified pool of trainers di Pasukan SMART dalam Swift Water Rescue Training.
Alhamdulillah, hasil komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi, Pasukan SMART telah dianugerahkan President’s Commendation Award (Anugerah Kepujian Presiden AWRC) — satu pengiktirafan berprestij yang diberikan oleh Presiden AWRC kepada pasukan yang menunjukkan kecekapan, integriti dan profesionalisme cemerlang sepanjang pertandingan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada pihak pengurusan tertinggi atas sokongan padu, kepercayaan serta galakkan berterusan yang telah menjadi dorongan utama kepada kejayaan dan pencapaian Pasukan SMART di peringkat antarabangsa ini.