๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
BATU PAHAT, 2 Ogos โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperhebat jaringan kerjasama strategik bersama ๐๐ฐ๐ถ๐ต๐ฉ๐ฆ๐ณ๐ฏ ๐๐ฐ๐ญ๐ถ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ฆ๐ณ๐ด (๐๐) menerusi Majlis Pelancaran ๐๐ฐ๐ถ๐ต๐ฉ๐ฆ๐ณ๐ฏ ๐๐ฐ๐ญ๐ถ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ฆ๐ณ๐ด Majlis Perbandaran Batu Pahat sempena Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat. Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperkasa pengurusan kesukarelawanan, meningkatkan kesiapsiagaan komuniti serta membina rangkaian sukarelawan yang lebih berdaya tahan bagi menghadapi sebarang bencana dan situasi kecemasan.
ย
Majlis menyaksikan pertukaran simbolik plak dan bendera Rakan NADMA antara Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain bin Moh, dan Dato' Haji 'On Jabbar Ja'afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), sebagai tanda pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Kerjasama ini akan memperluas pembangunan kapasiti sukarelawan, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program kesiapsiagaan dan tindak balas bencana secara lebih bersepadu, sekali gus memperkukuh pendekatan ๐ธ๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ dalam membina masyarakat yang lebih bersedia dan berdaya tahan.
๐๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
ย
PUTRAJAYA, 31 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana, khususnya memastikan kesinambungan bekalan elektrik kepada infrastruktur kritikal dan komuniti terjejas. Komitmen ini dizahirkan menerusi kunjungan hormat delegasi TNB yang diketuai oleh Puan Shahannom Izham, Chief Regulatory & Stakeholder Management TNB, kepada Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail bin Meor Akim di Ibu Pejabat NADMA.
ย
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan mekanisme kerjasama melibatkan penyelarasan operasi, perkongsian kepakaran, pemanfaatan aset serta keupayaan logistik bagi menyokong tindak balas dan pemulihan bencana yang lebih berkesan. Kerjasama ini turut mencerminkan pendekatan whole-of-nation yang dipelopori NADMA dalam memperkukuh ekosistem pengurusan bencana negara melalui penglibatan strategik sektor kerajaan, swasta dan komuniti demi meningkatkan daya tahan serta kesejahteraan rakyat.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
ย
INDONESIA, 31 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selaku ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ช๐ฏ๐ต pengurusan bencana negara, telah menyertai Mesyuarat Ke-48 ASEAN ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฆ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐๐) dan mesyuarat berkaitan di Bandung, Indonesia. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkasa pengurusan risiko bencana melalui perkongsian kepakaran dan penyelarasan strategik antara negara-negara ASEAN.
ย
Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah (Dasar), NADMA. Selaku Pengerusi Bersama ๐๐๐๐ ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ณ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ณ๐ฆ๐ฅ๐ฏ๐ฆ๐ด๐ด, ๐๐ฆ๐ด๐ฑ๐ฐ๐ฏ๐ด๐ฆ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ค๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐บ, Malaysia membentangkan kemajuan pelaksanaan inisiatif ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ ๐๐ณ๐ฐ๐จ๐ณ๐ข๐ฎ๐ฎ๐ฆ 2026โ2030 serta mengadakan pertemuan dua hala bersama Republik Korea bagi memperkukuh kerjasama pengurusan bencana. Penglibatan ini terus mengukuhkan peranan NADMA dalam memastikan Malaysia kekal bersedia, berdaya tahan dan memainkan peranan aktif di peringkat serantau.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
BESUT, 25 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan komuniti menghadapi risiko bencana menerusi Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) Daerah Besut dengan kerjasama strategik Yayasan Ikhlas. Program yang melibatkan 50 peserta terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Kota Putera dan Kuala Besut ini telah dirasmikan oleh Pengarah Seksyen Komuniti dan Sosial (SPKS) NADMA, Encik Jefny Muhammad.
ย
Peserta didedahkan dengan pengurusan risiko bencana setempat, komunikasi risiko konsep 3A serta kepentingan CBDRM melalui sesi teori dan praktikal. Aktiviti โSesi Jenguk Kampungโ dan โ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฎ๐ข๐จ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ข๐ฎ๐ฆ (๐๐๐)โ membantu peserta mengenal pasti kawasan berisiko, laluan evakuasi selamat serta membangunkan Pelan Tindakan Bencana mengikut lokaliti masing-masing.
ย
Hasil program mendapati Kota Putera berdepan risiko banjir monsun dan banjir kilat bandar, manakala Kuala Besut terdedah kepada ancaman limpahan air pasang besar (๐ด๐ต๐ฐ๐ณ๐ฎ ๐ด๐ถ๐ณ๐จ๐ฆ) serta banjir termenung muara (๐ฃ๐ข๐ค๐ฌ๐ธ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐ฆ๐ง๐ง๐ฆ๐ค๐ต). Program ini berjaya meningkatkan kefahaman, kesiapsiagaan dan penyelarasan tindakan komuniti dalam menghadapi bencana ke arah pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐,๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐,๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
ย
SEPANG, 27 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi insiden bencana udara menerusi Bengkel Pengurusan Bencana Udara bersempena Program Siaga Bencana Udara Kebangsaan 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kerjasama strategik NADMA.
ย
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN). Bengkel ini memberi fokus kepada penyelarasan operasi, pengurusan insiden serta pelaksanaan Arahan NADMA No. 1, Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP) dan Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas bersepadu.
ย
Melalui kerjasama strategik bersama MAHB dan pelbagai agensi, NADMA komited memperkukuh penyelarasan pengurusan bencana udara, meningkatkan keupayaan tindak balas serta memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
