PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 β€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang meneliti keperluan mewujudkan kerangka perundangan khusus bagi pengurangan risiko bencana melalui Kajian Baseline Pewujudan Akta Pengurangan Risiko Bencana. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kerangka sedia ada serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan, pindaan undang-undang atau pewujudan akta khusus bagi memperkukuh tadbir urus pengurangan risiko bencana negara.
Β 
Sesi perbincangan yang melibatkan pegawai NADMA dan UUM turut memberi tumpuan kepada peranan serta tanggungjawab kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri dalam memperkukuh pendekatan pengurangan risiko bencana secara lebih bersepadu dan berasaskan risiko. Hasil kajian ini akan menjadi antara asas penting kepada NADMA dalam menentukan hala tuju pengukuhan tadbir urus bencana, dengan memberi penekanan kepada usaha pencegahan, pengurangan risiko dan peningkatan daya tahan masyarakat serta negara.
Previous Next

Β 
PULAU MERANTI, 10 Ogos 2026 β€” Pasukan MAS01 terus memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan operasi menerusi pelaksanaan π˜›π˜’π˜£π˜­π˜¦ π˜›π˜°π˜± 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘀π˜ͺ𝘴𝘦 (π˜›π˜›π˜Ÿ) π˜π˜Œπ˜™ 2026 sebagai persiapan menghadapi penilaian semula 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯𝘒𝘭 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) yang dijadualkan pada 21 hingga 25 September 2026. Latihan dirasmikan oleh Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), yang turut mengikuti keseluruhan pelaksanaan latihan sebagai tanda sokongan terhadap kesiapsiagaan Pasukan MAS01.
Β 
TTX ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan elemen operasi dan penyelarasan simulasi selama 36 jam bagi memastikan setiap fasa dilaksanakan secara teratur dan menepati jadual. Pelaksanaan secara berfasa turut membolehkan anggota menilai kesinambungan operasi serta mengenal pasti jurang penyelarasan dan ruang penambahbaikan lebih awal, sekaligus memperkukuh keupayaan Pasukan MAS01 dalam bidang mencari dan menyelamat bandar (USAR) selaras dengan standard 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯𝘒𝘭 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ 𝘈π˜₯𝘷π˜ͺ𝘴𝘰𝘳𝘺 𝘎𝘳𝘰𝘢𝘱 (π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search