๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pengurusan bencana menerusi pertemuan bersama Suruhanjaya Tinggi India, hari ini. Pertemuan membincangkan langkah susulan bagi menterjemahkan Memorandum Persefahaman (MoU) MalaysiaโIndia kepada kerjasama lebih konkrit melalui latihan, pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran teknikal, operasi mencari dan menyelamat serta pertukaran amalan terbaik dan pengalaman pengurusan bencana.
ย
Kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Bersama mengenai Pengurusan dan Bantuan Bencana, penetapan focal points serta pembangunan pelan aktiviti bersama bagi tempoh dua tahun meliputi latihan, simulasi, lawatan kerja dan pertukaran teknikal. NADMA turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat bandar (USAR), termasuk penglibatan Pasukan SMART dalam kerangka INSARAG, manakala India memperkenalkan ๐๐ฐ๐ข๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฏ๐ง๐ณ๐ข๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต๐ถ๐ณ๐ฆ (๐๐๐๐) sebagai platform bagi memperkukuh ketahanan infrastruktur terhadap risiko bencana dan perubahan iklim.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara menerusi penyertaan dalam Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Kompleks Setia Perdana, hari ini. Ketua Pengarah NADMA, Datoโ Meor Ismail bin Meor Akim, turut menyertai konvoi bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menerima Kit Jalur Gemilang sebagai simbol kebersamaan dan semangat cintakan tanah air.
ย
Penyertaan NADMA dalam program ini mencerminkan komitmen agensi dalam menyokong agenda kerajaan memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kekitaan dalam kalangan penjawat awam serta masyarakat. Sebagai agensi penyelaras pengurusan bencana negara, NADMA turut menekankan kepentingan kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat yang prihatin, bersatu dan berdaya tahan.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh agenda pengurangan risiko bencana negara menerusi pendekatan berasaskan sains, data dan tindakan awal bagi meningkatkan daya tahan negara. Pendekatan ini diketengahkan melalui Ucaptama Kebangsaan oleh Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail bin Meor Akim bertajuk "Daripada Ramalan kepada Tindakan: Memperkukuh Daya Tahan Komuniti Menghadapi Bah Monsun" sempena Simposium Bah Monsun 2026 (SimBAH 2026), yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam pengurusan risiko bencana.
ย
Dalam ucaptamanya, beliau menegaskan bahawa setiap ramalan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang pantas melalui pengukuhan sistem amaran awal, penyepaduan data dan pemanfaatan teknologi. Selaras dengan pendekatan ๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐ฐ๐) dan ๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ค๐ช๐ฆ๐ต๐บ (๐๐ฐ๐), penyertaan NADMA dalam SimBAH 2026 mencerminkan komitmen berterusan agensi untuk memperkukuh kesiapsiagaan, koordinasi dan daya tahan negara dalam menghadapi bah monsun serta cabaran perubahan iklim.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
CHINA, 31 Julai โ Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) terus memperkukuh kompetensi operasi mencari dan menyelamat bandar (๐๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ โ ๐๐๐๐) menerusi penyertaan dua pegawai dalam ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐๐๐ ๐๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ (๐๐ฐ๐) yang berlangsung di China ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ด๐ฆ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ, Beijing dari 27 hingga 31 Julai 2026. Program ini menghimpunkan 18 peserta dari beberapa negara bagi melahirkan jurulatih yang kompeten mengikut piawaian ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฅ๐ท๐ช๐ด๐ฐ๐ณ๐บ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ (๐๐๐๐๐๐๐).
ย
Sepanjang latihan, peserta didedahkan kepada modul penyelarasan operasi USAR, kaedah penyampaian latihan serta penggunaan ICMS 3.0, iaitu sistem pengurusan maklumat operasi mengikut piawaian INSARAG. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan SMART dalam memperkukuh kapasiti sumber manusia, mengadaptasi amalan terbaik antarabangsa serta meningkatkan kesiapsiagaan Malaysia menghadapi sebarang bencana di peringkat nasional dan global.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
SELANGOR , 31 Julai 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh penyelarasan strategik operasi menerusi Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantapan Organisasi Bahagian Pelaksanaan Operasi (BPO) Bilangan 2 Tahun 2026 bagi mempertingkat tadbir urus, prestasi organisasi serta kesiapsiagaan pengurusan bencana negara.
ย
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA,Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, menghimpunkan pegawai kanan BPO melibatkan Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO), Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) bagi membincangkan pencapaian KPI, ๐๐ถ๐ต๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฆ-๐๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐๐ถ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ต๐ช๐ฏ๐จ (๐๐๐) 2026 serta perancangan strategik tahun 2027.
ย
Perbincangan turut memberi fokus kepada pengukuhan operasi NADMA melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk persediaan ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐น๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฆ๐ค๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐๐) 2026, penggunaan teknologi dron, pengurusan bencana udara dan maritim serta penambahbaikan arahan pengurusan bencana. Melalui pemantapan ini, NADMA terus memperkukuh koordinasi organisasi dan memperkasa pendekatan๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐ฐ๐) serta๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ค๐ช๐ฆ๐ต๐บ (๐๐ฐ๐) ke arah sistem pengurusan bencana yang lebih bersepadu, cekap dan berdaya tahan.
