PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ, ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€
ย 
MERSING, 26 Julai โ€” Kesiapsiagaan komuniti merupakan benteng awal dalam mengurangkan risiko serta impak bencana. Bagi memperkukuh keupayaan masyarakat bertindak sebelum bantuan tiba, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meneruskan pelaksanaan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dengan kerjasama Pertubuhan Ihsan Johor selaku NGO pelaksana di bawah platform Rakan NADMA.
ย 
Program yang melibatkan seramai 100 peserta terdiri daripada penduduk tempatan, komuniti nelayan, masyarakat Orang Asli serta pelajar Politeknik Mersing Johor dan MRSM Mersing memberi pendedahan mengenai pemetaan risiko, pelan tindakan komuniti, penyediaan Beg Siaga 72 jam, simulasi gempa bumi dan amaran tsunami, tindakan pemindahan selamat serta latihan asas pertolongan cemas. Inisiatif ini turut disokong oleh pelbagai agensi strategik termasuk MetMalaysia, APM, JMG, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, GGK, SWCorp Malaysia dan RELA dalam memperkukuh kesiapsiagaan masyarakat.
ย 
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pasca Bencana NADMA, Datuk Hussain Moh, berkata komuniti memainkan peranan penting sebagai ๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ด๐˜ต ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ dalam tempoh awal selepas bencana berlaku. Melalui pendekatan CBDRM, NADMA terus memperkasa rakyat dengan ilmu, kemahiran dan perancangan tindakan bagi membentuk komuniti yang lebih bersedia, berdaya tahan serta mampu mengurangkan risiko bencana sebelum ia berlaku.
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€, ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐’๐„๐๐„๐‹๐”๐Œ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐†๐”๐“ ๐๐˜๐€๐–๐€
ย 
KUALA TERENGGANU, 22 Julai โ€”Kesiapsiagaan hari ini membantu melindungi nyawa pada masa hadapan. Bagi memperkukuh keupayaan mengenal pasti risiko bencana lebih awal, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Kesiapsiagaan dan Pengurangan Risiko Bencana di Kawasan Hutan di Kuala Terengganu pada 19 hingga 22 Julai 2026.
ย 
Bengkel yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, memberi pendedahan mengenai fenomena kepala air, kegagalan cerun, risiko hidrologi serta penggunaan dron, satelit dan sistem amaran awal bagi memperkukuh penilaian risiko bencana.
ย 
Program ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan JPSM dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara agar tindakan pencegahan dan tindak balas dapat dilaksanakan dengan lebih pantas demi keselamatan rakyat.
Previous Next

๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐‘๐„๐๐“๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐ƒ๐€๐, ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡: ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐’๐€๐’๐“๐„๐‘ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐–๐Ž๐‘๐Š๐ˆ๐๐† ๐†๐‘๐Ž๐”๐ (๐ƒ๐Œ๐–๐†) ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€โ€“๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ ๐Š๐„-๐Ÿ‘๐Ÿ‘

PULAU PINANG, 23 Julai โ€“ Kesiapsiagaan menghadapi bencana rentas sempadan bermula dengan kerjasama yang kukuh, koordinasi yang mantap serta perkongsian maklumat yang berkesan antara negara berjiran. Sejajar dengan komitmen tersebut, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menghadiri Mesyuarat Disaster Management Working Group (DMWG) Malaysiaโ€“Thailand Ke-33 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai 2026 di Hompton By The Beach Hotel, Pulau Pinang.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC), memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pengurusan bencana rentas sempadan melalui perkongsian maklumat, kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut, penyelarasan operasi serta pengukuhan sistem amaran awal di bawah Joint Disaster Relief Operation Center (JDROC).

Penyertaan NADMA dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Thailand untuk memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan keupayaan tindak balas bencana secara bersepadu, cekap dan berkesan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat di kedua-dua belah sempadan.

Previous Next

๐Š๐Ž๐Ž๐‘๐ƒ๐ˆ๐๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐๐“๐€๐, ๐‘๐„๐’๐๐Ž๐๐’ ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐๐€๐๐“๐€๐’: ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐…๐ˆ๐๐€๐‹ ๐๐‹๐€๐๐๐ˆ๐๐† ๐‚๐Ž๐๐…๐„๐‘๐„๐๐‚๐„ (๐…๐๐‚) ๐’๐€๐‘๐„๐— ๐‹๐Ž๐๐† ๐’๐„๐Œ๐„๐‘๐€๐Š ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ๐“๐ˆ๐Œ
ย 
KOTA BHARU, 21 Julai โ€“ Kesiapsiagaan menghadapi kecemasan maritim bermula dengan koordinasi yang kukuh antara agensi demi melindungi keselamatan rakyat.
ย 
NADMA telah menghadiri Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) bagi Search and Rescue Exercise (SAREX) Long Semerak Tahap 3 Tahun 2026 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kapten Maritim Mohd Marmizi Md Nor, Timbalan Pengarah Operasi, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, memberi tumpuan kepada penyelarasan akhir latihan berasaskan Arahan NADMA No. 1, National Aeronautical Maritime Search and Rescue (NAMSAR) Manual dan Peraturan Tetap Operasi (PTO) agensi bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi mencari dan menyelamat.
ย 
NADMA diwakili oleh Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, DCP Datuk Mazli Mazlan, sebagai komitmen berterusan untuk memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara bersepadu, cekap dan berkesan demi keselamatan rakyat.
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐—๐ˆ๐Œ ๐๐€๐๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐๐€๐Œ๐๐”๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐
KUALA LUMPUR, 21 Julai โ€“ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana dalam sektor korporat menerusi Kursus ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต yang dianjurkan oleh ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต-๐˜๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ (๐˜Œ๐˜Ÿ๐˜๐˜” ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ) melalui Jabatan Pembelajaran dan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Modal Insan sebagai sebahagian daripada Program Kesedaran ๐˜‰๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (๐˜‰๐˜Š๐˜”).
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi sebarang insiden bencana dan situasi kecemasan, di samping memperkukuh amalan pengurusan risiko serta kesinambungan operasi organisasi. Peserta turut didedahkan kepada aspek pengurusan banjir, termasuk punca, tanda-tanda awal, faktor risiko serta langkah kesiapsiagaan dan tindakan keselamatan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Bagi memperkukuh pemahaman peserta terhadap sistem pengurusan bencana negara, Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk "Mekanisme Pengurusan Bencana di Negara". Sesi tersebut memberi penerangan mengenai struktur pengurusan bencana negara, mekanisme penyelarasan pelbagai agensi serta peranan setiap pihak dalam memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara cekap, terselaras dan berkesan.
Melalui kerjasama strategik antara NADMA dan EXIM Bank, usaha memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana terus diperkasa bagi memastikan organisasi lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran kecemasan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina organisasi yang lebih berdaya tahan, sekali gus menyokong kelangsungan operasi serta melindungi keselamatan dan kesejahteraan warga kerja.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search