๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
KUALA LUMPUR, 21 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana dalam sektor korporat menerusi Kursus ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต yang dianjurkan oleh ๐๐น๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต-๐๐ฎ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต ๐๐ข๐ฏ๐ฌ ๐ฐ๐ง ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฅ (๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฏ๐ฌ) melalui Jabatan Pembelajaran dan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Modal Insan sebagai sebahagian daripada Program Kesedaran ๐๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐ฆ๐ด๐ด ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐ถ๐ช๐ต๐บ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐).
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi sebarang insiden bencana dan situasi kecemasan, di samping memperkukuh amalan pengurusan risiko serta kesinambungan operasi organisasi. Peserta turut didedahkan kepada aspek pengurusan banjir, termasuk punca, tanda-tanda awal, faktor risiko serta langkah kesiapsiagaan dan tindakan keselamatan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Bagi memperkukuh pemahaman peserta terhadap sistem pengurusan bencana negara, Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk "Mekanisme Pengurusan Bencana di Negara". Sesi tersebut memberi penerangan mengenai struktur pengurusan bencana negara, mekanisme penyelarasan pelbagai agensi serta peranan setiap pihak dalam memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara cekap, terselaras dan berkesan.
Melalui kerjasama strategik antara NADMA dan EXIM Bank, usaha memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana terus diperkasa bagi memastikan organisasi lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran kecemasan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina organisasi yang lebih berdaya tahan, sekali gus menyokong kelangsungan operasi serta melindungi keselamatan dan kesejahteraan warga kerja.
