πππππ ππππ ππΌπππ-π πΌππΌπ ππππ ππππππππ πππππππππ πππππππππ, πππππππ πππππππππ πππ ππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππ ππΌπππ-π
πΌππΌπ ππππ ππππππππ πππππππππ πππππππππ, πππππππ πππππππππ πππ ππππ πππππππ
Β
KOTA BHARU, 15 Julai 2026 β Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu dalam menghadapi insiden atau kemalangan helikopter di kawasan luar pesisir, sekaligus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Β
Usaha ini dizahirkan menerusi pelaksanaan ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ β ππ§π§π΄π©π°π³π¦ ππ°πͺπ―π΅ ππ¦π³π°π―π’πΆπ΅πͺπ€π’π ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ (πππππ-πππππ)2026 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2026 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, dengan simulasi latihan di Blok PM3 CAA, Laut China Selatan. Latih amal anjuran CAAM bersama PETRONAS, Hibiscus Petroleum dan Weststar Aviation Sdn. Bhd. ini bertujuan menguji prosedur Offshore-JASAR dan NAMSAR serta meningkatkan koordinasi antara agensi kerajaan, operator penerbangan dan industri minyak serta gas.
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diwakili oleh DCP Datuk Mazli Mazlan dan Arjunaidi Ismail sebagai Pemerhati dan Penilai. SAREX-JASAR 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan kecekapan tindak balas bersepadu serta memperkemas proses membuat keputusan ketika tempoh kritikal (ππ°ππ₯π¦π― ππ°πΆπ³).
πππππ ππππππππ πππππππππππππ ππππππ ππππππ ππ πππ πππ ππππππππ, ππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππππππ ππππππ ππππππ ππ πππ πππ ππππππππ, ππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ ππππππ
Β
IPOH, 14 Julaiβ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus mempertingkat kesiapsiagaan negara menghadapi banjir menerusi perolehan 61 unit pam air bergerak bernilai lebih RM23 juta bagi mempercepatkan tindak balas awal, mengurangkan impak banjir serta melindungi rakyat dan harta benda.
Β
Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail Meor Akim, hari ini telah mengadakan lawatan pemeriksaan Mock Up Pam Air Bergerak Fasa 2 di BPME, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ipoh bagi menilai kemajuan pelaksanaan projek sebelum aset diserahkan untuk operasi.
Β
Setakat ini, 49 unit telah siap dibekalkan di bawah Fasa 1, manakala 12 unit lagi sedang dilaksanakan di bawah Fasa 2, menjadikan keseluruhan 61 unit pam air bergerak.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Pengurangan Risiko Bencana (DRR) bagi memastikan tindakan mengepam air dapat dilakukan dengan lebih pantas, sekali gus mempercepat proses pemulihan kawasan terjejas dan mengurangkan kesan banjir kepada masyarakat.
ππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ: πππππππππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ: πππππππππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ
Β
PUCHONG,7 Julai β Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2026, NADMA telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Media bagi berkongsi langkah-langkah kesiapsiagaan kerajaan serta memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat,sahih dan berasaskan fakta.
Β
Sesi ini menghimpunkan agensi-agensi teknikal dan tindak balas termasuk MET Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM),Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains(JMG), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) bagi membincangkan persediaan menghadapi cuaca panas, kemarau, jerebu, kebakaran terbuka, pengurusan sumber air serta perlindungan kesihatan awam.
Β
Ketua Pengarah NADMA turut menegaskan bahawa pengurusan bencana bukan sekadar tindak balas ketika krisis, tetapi bermula dengan tindakan awal, penyelarasan bersepadu dan komunikasi risiko yang berkesan agar rakyat sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
πππππππ πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππ ππ πππππ ππππππππ πππππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππ πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ
ππππππ ππ πππππ ππππππππ πππππππ ππππππ
Β
KUALA LUMPUR, 6 Julai β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi memastikan penganjuran acara rasmi negara dilaksanakan dengan lancar, selamat dan tersusun menerusi lawatan tapak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, ke Tapak Simulasi Bencana Negara sebagai persediaan menjelang majlis yang dijangka disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Ogos atau September ini.
Β
Lawatan tersebut bertujuan meneliti aspek keselamatan, logistik, pergerakan tetamu kenamaan, pelan kontingensi serta kesiapsiagaan fasiliti bagi memastikan setiap keperluan penganjuran memenuhi standard pengurusan acara bertaraf nasional. Sebanyak tiga lokasi di Tapak Simulasi Bencana Negara telah dikenal pasti sebagai pilihan bagi penganjuran majlis berkenaan, yang bakal menjadi acara rasmi pertama diadakan di pusat tersebut.
Β
Datuk Hussain berkata, persediaan awal melalui lawatan tapak amat penting bagi memastikan setiap aspek pengurusan risiko, penyelarasan antara agensi dan pelan kontingensi dilaksanakan secara menyeluruh. Ia sekali gus menyerlahkan keupayaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai agensi penyelaras utama pengurusan bencana negara dalam merancang, menyelaras dan mengurus keperluan logistik, keselamatan serta kesiapsiagaan bagi penganjuran acara rasmi bertaraf nasional.
Β
Usaha ini bukan sahaja memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung, malah memperkukuh keyakinan rakyat terhadap tahap kesiapsiagaan negara dalam mengurus operasi berskala besar yang memerlukan koordinasi pelbagai agensi. Pada masa sama, penggunaan Tapak Simulasi Bencana Negara sebagai lokasi penganjuran mencerminkan komitmen NADMA untuk mengoptimumkan kemudahan strategik negara sebagai platform yang menyokong pengurusan bencana, latihan, persidangan dan program rasmi berimpak tinggi
πππππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ ππππ ππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ ππππ ππππππ ππππ
Β
LANGKAWI, 2 Julai 2026 β Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu ketika berlaku bencana maritim, sekali gus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta mengurangkan impak kepada komuniti.
Β
Keupayaan ini turut memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana yang semakin kompleks, di samping memastikan koordinasi antara pelbagai agensi sentiasa berada pada tahap terbaik bagi melindungi keselamatan rakyat dan kepentingan negara.
Β
Usaha tersebut diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi pelaksanaan ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππππ) ππ’π―π¨ ππ³π°π―π°π¬2026, yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi menguji operasi mencari dan menyelamat (SAR), ππ’π΄π΄ ππ¦π΄π€πΆπ¦ ππ±π¦π³π’π΅πͺπ°π― (πππ),pengurusan tumpahan minyak serta pengaktifan Pangkalan Hadapan CARILAMAT mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.
Β
SAREX Lang Bronok 2026 turut mencipta sejarah sebagai latihan pertama yang menggabungkan ππ’π£ππ¦π΅π°π± ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) dan ππͺπ¦ππ₯ ππ³π’πͺπ―πͺπ―π¨ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) secara berskala besar, sekali gus membuktikan komitmen NADMA dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang krisis maritim.
