The 16th ASEAN-ERAT Induction Course | 12 – 20 Februari 2025 | Phnom Penh, Cambodia
Telah berlangsung The 16th ASEAN-ERAT Induction Course yang dihadiri oleh tiga (3) orang pegawai NADMA iaitu, Mej. Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Encik Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Penyelarasan Operasi dan Pn. Ain Syafiqah binti Abd Haris, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Mitigasi.
Kursus induksi ini bertujuan untuk memberikan latihan khusus kepada pegawai-pegawai daripada negara-negara ASEAN dalam persediaan menghadapi bencana di peringkat serantau. ASEAN-ERAT merupakan pasukan respons bencana pantas di bawah kerangka ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER), yang berfungsi untuk penilaian cepat, koordinasi bantuan dan tindak balas kecemasan. Selain itu, pegawai-pegawai NADMA juga turut mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Cambodia.
Program Latih Amal Simulasi Keselamatan Empangan Sungai Perak Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Latih Amal Simulasi Keselamatan Empangan Sungai Perak Tahun 2025 | 20 Februari 2025 | Kuala Kangsar
Telah berlangsung Program Latih Amal Simulasi Keselamatan Empangan Sungai Perak Tahun 2025 anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Kangsar.
Sesi latih amal simulasi ini bertujuan bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana yang melibatkan Empangan Sungai Perak dengan berkesan di samping meningkatkan keupayaan komuniti yang rentan untuk berdaya tahan terhadap bencana.
Seramai 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat termasuk pelajar sekolah telah terlibat dalam menjayakan sesi latih amal pada kali ini. Latih amal simulasi kali ini diakhiri dengan sesi pascanilai bagi menambahbaik lagi sebarang kelemahan yang mungkin terjadi semasa pelaksanaan latih amal tersebut.
Sesi penutup latih amal ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) NADMA. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, YBhg. Tuan Nazri bin Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Kangsar serta YBrs. Tuan Wan Khairul Razli bin Wan Ahmad Qusyairi, Head Corporate Affairs TNB GENCO Sdn. Bhd. Dalam masa yang sama, YBhg. Datuk TKPO juga turut mengambil kesempatan untuk melawat Empangan Chenderoh yang berada di Kuala Kangsar.
Kursus Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Tahun 2025 | 17 hingga 19 Februari 2025
Telah berlangsung Kursus Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Tahun 2025 bagi warga NADMA yang bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Kursus ini merupakan kerjasama di antara NADMA bersama pihak Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) berdasarkan hasrat YAB Perdana Menteri yang bertujuan bagi mengenang sumbangan pemimpin, pejuang kemerdekaan negara serta daya juang rakyat. Kursus ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada setiap bahagian/seksyen di NADMA. Pihak urus setia AKM memberikan respons positif dengan penyertaan aktif peserta-peserta NADMA sepanjang tempoh kursus dilaksanakan.
Lawatan Penanda Aras ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) | 19 Februari 2025
Telah berlangsung sesi lawatan penanda aras dari pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur ke NDCC. Sesi lawatan ini adalah untuk memberi perkongsian tentang pengurusan bencana yang dikendalikan di NDCC.
Delegasi DPPC (MJIIT, UTM) ini adalah seramai 20 orang yang turut dihadiri oleh Adjunct Professor UTM, pelajar-pelajar pascasiswazah mengikuti program Sarjana Pengurusan Risiko Bencana (Master in Disaster Risk Management, MDRM) termasuk rakan strategik, Johor Petroleum Development Corporation (JPDC). Taklimat telah disampaikan oleh En Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan NDCC.
Mesyuarat INSARAG Working Groups & Team Leaders Meeting | 9 hingga 15 Februari 2025
Telah berlangsung Mesyuarat INSARAG Working Groups dan Team Leaders Meeting yang diadakan di Tunisia secara back-to-back. Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah diwakili oleh dua (2) orang pegawai iaitu DSP Safrizan dan Insp. Zul Khairi, yang merupakan ahli tetap daripada rantau Asia Pasifik untuk Guideline Review Group dan National Capacity Working Group.
Pasukan SMART telah dipilih untuk berkongsi best practices dalam aspek Speed and Flexibility, Quality Assurance, Base of Operation dan Home Support semasa aturgerak bencana, berdasarkan kecemerlangan semasa operasi gempa bumi Turkiye 2023. Pengalaman Pasukan SMART dan NADMA dalam aturgerak bencana ke Turkiye telah diambil kira dalam dokumen pindaan INSARAG Guidelines 2026.
Seterusnya, untuk Mesyuarat Team Leaders, Ahli Working Group bertindak sebagai fasilitator dalam sesi konsultasi draf bersama wakil ketua pasukan bagi setiap negara dan pegawai SMART telah dilantik sebagai fasilitator bagi menerangkan draf pindaan INSARAG Guidelines 2026.
