Majlis Serahan Kompleks Tandas dan Tangki Air bagi Pembekalan Air Bersih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis Milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Serahan Kompleks Tandas dan Tangki Air bagi Pembekalan Air Bersih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis Milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bengkel Peningkatan Kompentesi Pegawai Pengurus Bencana Jabatan Pendidikan Negeri & Pejabat Pendidikan Daerah bagi Zon Pantai Timur Tahun 2025 | 2 Oktober 2025 | Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
Majlis Serahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Kamsah @ Kamal Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersama YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Turut hadir ialah Encik Zulkeflee Yusof, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur serta Pegawai-Pegawai Kanan KPM, JPBN, JPBD, JPN, JKM PPD dan lain-lain jabatan.
Pengarah JPN Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada NADMA di atas inisiatif murni dalam penyediaan peruntukan bagi menyediakan kemudahan tersebut terutamanya di PPS milik KPM dan berharap inisiatif ini akan diperluas ke seluruh negara kepada PPS milik KPM yang aktif. KPM dan JPN menyokong usaha murni tersebut dan percaya bahawa pelaksanaan projek ini mampu meningkatkan kesejahteraan penghuni PPS ketika bencana tetapi kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah ketika PPS tidak diaktifkan.
Pada 1 Oktober 2025, telah berlangsung juga Bengkel Peningkatan Kompetensi Pegawai Pengurus Bencana Jabatan Pendidikan Negeri & Pejabat Pendidikan Daerah bagi Zon Timur tahun 2025 yang melibatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. NADMA telah diberi tanggungjawab untuk membentangkan taklimat berkaitan Mekanisma Pengurusan Bencana dan taklimat berkaitan Pengurusan Pembaikan PPS yang telah dilaksanakan di sekolah di bawah bidang kuasa KPM.
