Southeast Asia Disaster Risk Insurance Facility (SEADRIF), Bilateral Meetings & 8th Technical Meeting
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Southeast Asia Disaster Risk Insurance Facility (SEADRIF), Bilateral Meetings & 8th Technical Meeting | 30 September hingga 2 Oktober 2025 | Kyoto, Japan
Β
Mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Mohd Faizal Ab Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta wakil-wakil dari Kementerian Kewangan di bawah undangan pihak MOF Malaysia selaku focal point SEADRIF+ASEAN. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh MOF Jepun dan Monetary Authority of Singapore (MAS) dan dihadiri oleh ahli-ahli SEADRIF yang melibatkan MOF dari negara ASEAN+3 iaitu Indonesia, Kemboja, Lao PDR, Myanmar, Singapura, Jepun, Filipina dan Vietnam.
Β
Sekretariat ASEAN turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Sehingga kini, 8 daripada 13 negara anggota ASEAN+3 telah menyertai SEADRIF. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengalu-alukan inisiatif Disaster Risk Financing (DRF) di bawah fasiliti SEADRIF. Malaysia dalam proses untuk menjadi ahli SEADRIF dan status pada masa ini, Addendum dan Memorandum of Understanding on the Establishment of SEADRIF sedang diteliti oleh MOF Malaysia bersama Jabatan Peguam Negara.
Β
Wakil NADMA merakamkan penghargaan kepada penganjur dan berharap SEADRIF yang telah beroperasi lebih daripada 6 tahun dapat memanafaatkan kerangka ASEAN dalam mengorak masa depan yang akan lebih bersifat serantau dan antarabangsa dengan mengoptimumkan kolaborasi dan kepakaran negara-negara anggota ASEAN.
Β
Di akhir sesi plenari, sebagai wakil Malaysia di atas kepengerusian ASEAN, wakil NADMA merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa Taufan Bualoi di Siem Reap Kemboja dan gempa bumi di Flipina. Berikutan skala dan jumlah kematian yang tinggi di Filipina, Malaysia sedia menawarkan bantuan menyelamat oleh Pasukan SMART tertakluk kepada kesediaan butiran bantuan yang diperlukan oleh negara terkesan.
