Program Gotong-Royong Perdana MADANI Daerah Gombak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Gotong-Royong Perdana MADANI Daerah Gombak | 5 Oktober 2025 | Kampung Gombak Setia, Selangor
Telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana MADANI Daerah Gombak yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA pada pagi ini.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kebersihan, keselamatan dan kesiapsiagaan bencana melalui pendekatan komuniti bersama agensi kerajaan.
Program ini juga dianjurkan bagi mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti melalui pendekatan mesra rakyat serta mewujudkan komunikasi dua hala yang efektif dalam pengurusan bencana, serta meningkatkan kesedaran komuniti tentang pemuliharaan ekosistem sungai.
Penyertaan pagi ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat sekitar Gombak Setia bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh dan berimpak tinggi dalam memupuk nilai gotong-royong, tanggungjawab bersama dan perpaduan komuniti, bersama-sama dengan Ketua Komuniti seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ahli majlis yang berperanan penting dalam mobilisasi penduduk.
Program gotong-royong anjuran NADMA ini juga dijayakan dengan kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hutan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia.
